Hiburan

“Mengecewakan” - Video Puji Malaysia Disekat, Doktor Ini Nekad Untuk...

gempak
Hanafis Haris
08/07/2020
03:27 MYT
Sponsor Banner
“Mengecewakan” - Video Puji Malaysia Disekat, Doktor Ini Nekad Untuk...
Belum reda isu laporan media Al Jazeera berkaitan isu pendatang tanpa izin, timbul pula satu lagi isu apabila video 'How Malaysia Did the Impossible' disekat.
Video tersebut memaparkan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama memerangi COVID-19.
Perkara itu didedahkan sendiri pemilik video tersebut iaitu Dustin Pfundheller menerusi saluran YouTubenya.
Menurut Dustin, sehingga kini dia tidak mendapat kata putus daripada platform sosial media berkenaan mengapa tindakan itu dibuat.
"Video tersebut antara yang menarik perhatian ramai. Saya menggunakan fakta tepat dan mendapat sumber daripada ramai pihak.
"Ini amat mengecewakan kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan.
"Saya bekerja keras untuk memberikan penghargaan sepatutnya kepada Malaysia," katanya yang juga seorang pakar bedah pergigian .
Menurut Dustin lagi, dia juga akan membuat video reaksi mengenai laporan Al Jazeera.
"Disebabkan banyak permintaan, saya akan ulas video Al Jazeera 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'.
"Saya sedang melakukan sekarang, anda boleh mesej saya di Instagram," katanya.
Untuk rekod, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mahu media antarabangsa Al Jazeera meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaan perkauman terhadap warga asing ketika COVID-19.
Menerusi sidang media disiarkan secara langsung, Ismail menganggap laporan bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' tidak wajar dan mengelirukan.
BACA: "Mengelirukan Tanpa Fakta Jelas, Al Jazeera Perlu Minta Maaf" - Datuk Seri Ismail Sabri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live