Laman Utama

Mengejar Aurora Borealis! Semak Itinerary 4 Hari & Hotel Mampu Milik Jika Anda Ke Iceland

gempak
Gempak
28/06/2023
02:56 MYT
Sponsor Banner
Mengejar Aurora Borealis! Semak Itinerary 4 Hari & Hotel Mampu Milik Jika Anda Ke Iceland
Pasti kebanyakan anda apabila merancang trip ke Eropah akan menamakan England, Perancis, Itali atau Belanda antara negara wajib untuk dilawati.
Namun tidak bagi kami! Trip Eropah kami tersenarai satu negara wajib yang mungkin jarang-jarang ingin dilawati iaitu Iceland!
Hakikatnya, sejak beberapa tahun lalu, ramai yang mula meneroka negara itu untuk mengejar fenomena alam yang dipanggil Cahaya Utara atau Northern Lights, turut dikenali sebagai Aurora Borealis.
Idea ini sebenarnya tercetus apabila kami menonton muzik video Justin Bieber (I'll Show You) dan klip lagu Gerua dari filem pecah panggung Bollywood, Dilwale.
Kredit foto: Rap Mais
Kredit foto: Business of Cinema
Terus kami merencana untuk ke sana, lebih bertuah sebenarnya apabila trip kali ini dibawakan khas oleh Iceland Hotel Collection by Berjaya!
Untuk info anda semua Berjaya telah diasaskan oleh Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan - usahawan dan jutawan terkenal di Malaysia! Antara jenama lain yang terkenal di bawah kumpulan Berjaya adalah seperti Starbucks, 7-Eleven, Cosway, Kenny Rogers, Krispy Kreme, Caring Pharmacy, U Mobile, The Sun dan Singer.
Kepada yang ingin merancang untuk ke sana jom semak apa yang anda perlu tahu mengenai Iceland.

#1 125 buah gunung berapi di Iceland

Iceland merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Atlantik Utara.
Ia mempunyai penduduk seramai kira-kira 387,758 orang dan jumlah keluasan 103,000 km², menyamai 1 per 5 daripada penduduk Kuala Lumpur.
Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Reykjavík.
Kredit foto: Iceland Hotel Collection by Berjaya
Terdapat lebih kurang 125 gunung berapi di Iceland dan sebahagian besar darinya masih lagi aktif.
Disebabkan fenomena ini, beberapa kawasan Iceland diliputi padang lava. Iceland akan mengalami fenomena gunung berapi beberapa kali dalam tempoh masa empat tahun.
Kredit foto: Unsplash
Jadi, tidak hairanlah apabila sumber air panas mereka amat kuat bau belerangnya kerana ia diambil terus daripada bawah tanah.
Kami sempat dibawa melihat merasai pengalaman gunung berapi apabila dibawa ke Icelandic Lava Show. Mereka menunjukkan simulasi bagaimana gunung berapi terletus sehingga selesai. Untuk membuat tempahan anda boleh melayari icelandiclavashow.com

#2 Tiada hutan simpan, 11 peratus ais

Tahukah anda, Iceland terbentuk oleh beberapa fenomena semulajadi iaitu gunung berapi dan glasier.
Boleh dikatakan seluruh kawasan Iceland dibentuk oleh glasier dan 11 peratus daripada negara itu terdiri daripada ais.
Oleh sebab itu tiada hutan rimba atau hutan simpan di Iceland.
Kredit foto: Iceland Hotel Collection by Berjaya

#3 Air terjun tercantik, terbesar di Iceland

Kami sempat meneroka bahagian selatan negara Iceland dan berkesempatan melawat ke beberapa kawasan popular di daerah terbabit antaranya air terjun Skogafoss dan Seljalandsfoss, Pantai Pasir Hitam Reynisfjara, Perkampungan Vik, serta kawasan glasier Solheimajokull.
Skogafoss adalah salah satu air terjun yang wajib dilawati dan destinasi terbaik untuk merakamkan gambar istimewa anda. Ibaratnya tidak sah bercuti di Iceland tanpa gambar berlatar belakangkan Skogafoss.
Berketinggian 600 meter dan lebar seluas 25 meter, Skogafoss memukau pandangan mata tak kira musim sejuk mahupun panas.
Kredit foto: Unsplash
Kredit foto: IG Afdal Shahizad
Skógafoss ialah sumber air terjun yang datang dari dua glasier iaitu Eyjafjallajokull dan Myrdalsjokull. Kalau anda berkesempatan untuk memanjat ke puncak air terjun ini anda akan dapat melihat pemandangan keseluruhan pantai di selatan Iceland.
Sekiranya musim sejuk, anda disarankan singgah pada waktu malam untuk berpeluang melihat fenomena the Northern Lights.

#4 Pantai Pasir Hitam, port shooting filem paling awesome

Reynisfjara (The Black Sand Beach) adalah salah satu pantai paling popular di dunia.
Mempunyai lanskap yang amat mempesonakan kerana diselimuti glasier dan lava dari gunung berapi, pantai ini mempunyai tiga tebing yang dipanggil Reynisdrangar berhadapan dengan pantai dan pulau Dyraholaey.
Kredit foto: Iceland Hotel Collection by Berjaya
Terdapat banyak penggambaran filem Hollywood pernah dilakukan di sini antaranya Noah, Star Trek dan Game of Thrones.
Kredit foto: The Passport Lifestyle
Akan tetapi anda perlu berhati-hati dengan ombak besar dari laut Atlantik! Reynisfjara juga menjadi antara lokasi pantai paling berbahaya di dunia.

#5 Perkampungan Nelayan Vik

Vik I Myrdal adalah sebuah perkampungan nelayan berdekatan dengan Reynisfjara. Ia juga mempunyai sebuah gereja lama yang masih terpelihara dan unik seni binanya.
Biarpun sekejap, kami berpeluang untuk merasai sendiri bagaimana nelayan di Iceland menjalani kehidupan seharian di kawasan terbabit.
Kredit foto: Iceland Hotel Collection by Berjaya

#6 Teroka celah rekahan ais, belakang limpahan Seljalandsfoss

Solheimajokull merupakan fenomena yang terbentuk daripada cairan glasier gunung berapi yang terletak di antara dua gunung berapi popular Eyjafjallajokull dan Katla.
Glasier paling besar dipanggil Myrdaksjokull amat mudah dilihat dan dilalui.
Ketika kami tiba, boleh dikatakan keseluruhan kawasan ini masih diselaputi ais. Ada kawasan yang tidak boleh dimasuki kerana dikhuatiri membahayakan pelancong kerana jalan yang terlalu licin.
Kredit foto: Unsplash
Selain Skógafoss, air terjun Seljalandsfoss juga menjadi destinasi wajib kunjung ketika anda berada di bahagian selatan Iceland.
Menurut pemandu pelancong kami, ketika musim panas anda berpeluang untuk memasuki bahagian belakang air terjun dan menikmati keajaiban alam di sana.
Air terjun ini berketinggian 60 meter airnya sangat bersih dan anda boleh minum terus!
Kredit foto: Unsplash

#7 Mengejar Aurora Borealis

Aurora adalah fenomena cahaya terang yang kelihatan pada langit pada waktu malam, berbentuk jalur berwarna merah, hijau dan ungu.
Bulan terbaik untuk menikmatinya adalah antara November dan Februari di mana keadaan langitnya paling gelap. Selain itu, bulan September/Oktober dan Mac/April juga masa yang baik untuk melihat Aurora Borealis.
Jika anda ke sini, tak usah khuatir memandangkan kebanyakan hotel di Iceland mempunyai rooftop untuk melihat sendiri keajaiban Aurora pada waktu malam.
Malah, rooftop di setiap hotel Berjaya juga disediakan kelengkapan audio dan kawasan bar untuk berparti sambil ditemani Aurora.
Kredit foto: Iceland Hotel Collection by Berjaya
#8 13 Hotel Malaysia di Iceland?
Fakta yang anda perlu percaya! Ya, terdapat 13 buah hotel yang diuruskan sepenuhnya oleh Iceland Hotel Collection by Berjaya di negara dingin ini. Lokasi-lokasi termasuklah Reykjavík, Akureyri, Egilsstaðir, Mývatn dan Höfn.
Berjaya Akureyri Hotel
Berjaya Mývatn Hotel
Berjaya Höfn Hotel
Kami dibawa menginap di dua buah hotel iaitu Iceland Parliament Hotel – Curio Collection By Hilton dan Berjaya Reykjavík Marina Hotel. Dilengkapi fasiliti terbaik, kedua-dua hotel itu juga terletak di lokasi amat strategik iaitu di tengah-tengah kota Reykjavík dan pinggir laut.
Dua pengalaman berbeza yang kaya dengan nilai sentimental!
Iceland Parliament Hotel yang baru dibuka pada Disember 2022 terletak di tengah-tengah bandar Reykjavík, lebih strategik kerana lokasinya juga bersebelahan dengan Parlimen Iceland.
Turut berdekatan dengan hotel ini adalah Dewan Konsert Harpa, destinasi ideal 5 minit jika berjalan kaki.
Iceland Parliament Hotel – Curio Collection By Hilton
Iceland Parliament Hotel – Curio Collection By Hilton
Manakala, Berjaya Reykjavík Marina Hotel pula pada asalnya telah diubah suai daripada empat buah bangunan dan menjadi mercu tanda bagi penduduk setempat.
Ia juga terletak bersebelahan dengan bangunan bersejarah yang masih digunakan sehingga hari ini.
Kami terpesona dengan dekorasi setiap kamar yang diberikan sentuhan berbeza-beza. Masih mengekalkan autentik bangunan dan sejarah penduduk setempat, namun tidak mengenepikan suntikan modenisasi untuk keselesaan pengunjung yang menginap di sana.
Berjaya Reykjavík Marina Hotel
Kami sempat mencuba beberapa hidangan yang disediakan di restoran in house hotel terbabit, Slippbarinn. Antaranya Fish in a Pan, Slippburger, Seafood Soup dan Charcuterie & Cheese!
Fish in a Pan
Slippbarinn
Selain itu, kami sempat dibawa melawat ke beberapa buah hotel milik Berjaya di Iceland antaranya Hilton Reykjavík Nordica, Alda Hotel Reykjavík, Canopy by Hilton Reykjavík City Centre, Reykjavík Konsúlat Hotel – Curio Collection By Hilton dan Berjaya Reykjavík Natura Hotel.
Hilton Reykjavík Nordica
Canopy by Hilton Reykjavík City Centre
Canopy by Hilton Reykjavík City Centre
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land Berhad, Tuan Syed Ali Shahul Hameed, kesemua hotel milik Berjaya di Iceland masih mengekalkan ketulenan dan jati diri negara terbabit.
"Iceland merupakan destinasi menakjubkan dan percutian yang sangat berbaloi kerana mempunyai lanskap mempesonakan, aurora, aktiviti luar yang menarik, mempunyai budaya dan cara hidup yang tersendiri.
"Walaupun kesemua ‘Iceland Hotel Collection by Berjaya’ dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Land Berhad, namun kami masih mengekalkan ketulenan dan memelihara jatidiri Iceland, keindahan tempat dan bangunan, masyarakat dan tradisi di Iceland.
"Kami amat teruja untuk menerima pelancong untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di Iceland dan menginap di rangkaian Hotel Berjaya," ujarnya.
Reykjavík Konsúlat Hotel – Curio Collection By Hilton
Reykjavík Konsúlat Hotel – Curio Collection By Hilton
Alda Hotel Reykjavík
Berjaya Reykjavík Natura Hotel
Jika anda sedang merancang untuk ke Iceland anda tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak hotel mampu milik di bawah pengurusan Berjaya Hotel yang boleh ditempah!
Cukup selesa dan amat mesra pelanggan.
Jangan lepaskan peluang ke Iceland jika anda sedang merancang trip anda ke Eropah. Saya pasti destinasi ini tidak akan mengecewakan anda.
Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila layari https://www.icelandhotelcollectionbyberjaya.com/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live