,
Laman Utama

"Mengejek Bukan Savage, Itu Biadab!" - Hani Fadzil Bidas Tindakan Melampau Pelakon Wanita Ejek Bintang K-Pop

Amri Hassan
22/02/2021
07:50 MYT
Penyampai radio Hani Fadzil tampil membidas tindakan melampau seorang pelakon wanita yang keterlaluan mengejek kematian bintang Korea seperti yang viral baru-baru ini.
Hani dalam pada itu menyelar tindakan pelakon terbabit yang turut mengejek nama beberapa artis termasuk anggota kumpulan K-Pop terkenal dalam naskhah arahannya.
"Dah lama perhati dia ni. First masuk allkpop for thinking she’s so funny for mocking a person’s death.
"Then she chose to konon acah savage & name a character in something she directed by mocking a kpop group? Ni namanya clout sebab dia tahu semua akan triggered dan bagi dia attention.
"Nak promote product pandai pulak “nak tak look korean..?”dan lain-lain lagi," ciap Hani di Twitter. Sebagai peminat setia K-Pop, Hani jelek dengan isu terbabit dan menasihati pelakon wanita itu agar tidak keterlaluan memperlekehkan minat individu lain sekiranya tidak sependapat.
"As a person like me yang dah lama minat kpop and dah kena mock for liking kpop since 2006. I’m just sick of this issue.
"If you dont like a certain genre/ fandom, just keep it to yourself. You think everyone likes your acting/ singing? Think again.
It’s not about taksub. It’s about respect. RESPECT!!! Mocking something you have no idea about is not “savage”. It’s plain RUDE!" tambah Hani.
Selain itu, Hani turut berpesan kepada orang ramai agar tidak terus membuli pelakon terbabit secara melampau biarpun apa yang diperlukannya untuk viral sudah tercapai.
"Even though what she did was wrong, we should not cyber bully her back because that would just make us the same.
"For all we know, she’s happy she’s trending & getting all the attention she wants. This is why at first I thought I wanted to choose to be quiet," tambah Hani beserta emoji marah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Unitar