Meskipun drama bersiri The Maid sudah pun melabuhkan tirai pada minggu lalu, namun ia masih belum berakhir begitu sahaja.

Menariknya minggu ini, The Maid kembali dengan episod istimewa apabila menampilkan kembali karakter pembantu rumah Fika iaitu Ratu untuk membongkar satu persatu apa yang berlaku.

Ratu mendedahkan banyak rahsia mengenai Jayden dan madunya serta pembantu rumah mereka kepada seorang banduan yang juga peminat kepada keluarga penulis novel terkenal itu.

Apa yang pasti, bukan mereka sahaja yang akan muncul dalam The Maid episod istimewa ini tetapi penonton akan terkejut dengan kemunculan cameo yang merupakan pelakon drama popular.

Siapa pelakon cameo itu? Kenapa Ratu masuk penjara? Dan apa kisah yang dibongkar Ratu dalamm episod ini? Nak tahu apa yang berlaku, jangan lupa saksikan The Maid hari ini pada ham 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand.