Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Mengeluh Seikat Daun Kesum Pun Mahal? Pemuda Ini Kongsi Cara Tanam Dengan Betul! Bolehlah Asam Pedas & Laksa!

Hanafis Haris 12/08/2020 | 09:58 MYT

Jika tinggal di Kuala Lumpur, satu perkara yang terpaksa ‘ditelan’ adalah harga barangan runcit yang sedikit mahal berbanding di kampung.

Harga ini termasuklah sayur-sayuran atau ulam ulaman yang kebanyakan dijual secara paket di pasaraya.

Atas sebab itu, seorang pemuda dikenali sebagai petani kampung berkongsi cara menanam sayuran kampung di kawasan rumah menerusi satu posting di Twitter.

Kali ini, dia berkongsi cara mudah untuk menanam daun kesum.

“Member duduk KL mengeluh teringin masak asam pedas tapi daun kesum mahal seikat cenonet tu dah dua ringgit. Mana puas.

“Aku ajar korang tanam daun kesum. Daun kesum ni suka kat kawasan lembab macam tepi sungai atau parit. Jadi kau perlu bekas yang boleh menakung air.

“Contohnya, pasu plastik macam ni. Tebuk lubang pasu dalam jarak dua inci/5cm macam ni.

“Tujuannya ada air mengalir bila kau siram pokok ni. Kalau tak, air akan bertakung dalam ni,” katanya.

Jelasnya lagi, selepas berbuat demikian kita hanya perlu menunggu beberapa minggu untuk daun kesum itu merimbun.

“Dengan syarat kau jaga air. Kau nak masak asam pedas ke, laksa utara ke, patin tempoyak ke, masakan Vietnam ke, daun kesum banyak main peranan.

“Tak payahlah kau mengeluh harga daun kesum mahal seikat dua ringgit,” katanya.

Anda boleh lihat posting penuh individu berkenaan di bawah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #Viral #“Asam #Kesum #Pedas”
;