Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Menggeletar Satu Badan Rasa Syukur Sangat" - Pulih Covid-19, Puteri Aisyah Sudah Boleh Keluar Hospital

Amri Hassan
18/04/2020 09:31 MYT
Selepas 11 hari dimasukkan ke hospital, pelakon Puteri Aisyah berkongsi khabar gembiranya mendapat keputusan negatif virus Covid-19.

Kata Puteri, dia juga sudah dibenarkan pulang ke rumahnya hari ini.

"Allahuakbar! Bila nurse Kak Zue cakap result Puteri negatif!! Puteri terus shaking satu badan rasa syukur happy sangat!

"Alhamdulillah Alhamdulillah Ya Allah, bersyukurnya!" kata Puteri.

Keputusan itu selepas Puteri menjalani ujian swab pada tengahari Sabtu.

"Lepas 11 hari dalam wad, di Hospital Sungai Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dalam tghhari tadi nurse kata Puteri negatif! U are free from Covid-19!

"Saya berjaya lawan Covid-19! Alhamdulillah Syukur!

"Terima kasih semua sebab doakan Puteri dan terima kasih yang teramat sangat kepada semua nurse dan doktor yang jaga Puteri, rawat Puteri selama di sini. I appreciate it lot!" tambahnya.

Allahu Akbar! Bila nurse Kak Zue cakap result Puteri NEGATIVE!! Puteri terus shaking satu badan rasa syukur happy sgt! Alhamdulillah Alhamdulillah Ya Allah, bersyukurnya! ?? Lepas 11 hari dalam ward, di Hospital Sg Buloh, pagi tadi pukul 12 pagi Puteri buat second swab, dlm tghhari tadi nurse kata Puteri negative! U are free from covid!! Saya berjaya lawan covid!?? Alhamdulillah Syukur! Terima kasih semua sbb doakan Puteri dan terima kasih yg teramat sgt kepada semua nurse dan doctor yg jaga puteri, rawat puteri selama di sini..???? I appreciate it lot! THANK YOU! ?❤️ #iWON #kitapastimenang #InShaAllah

A post shared by Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on


Puteri disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari penggambaran drama bersiri Demi di Scotland.

Selain Puteri, pelakon drama sama, Ashraf Muslim dan pengarah, Rahila Ali turut disahkan positif virus tersebut.

Turut serta dalam penggambaran drama itu, Ben Ali dan Hasnul Rahmat yang disahkan negatif Covid-19.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Puteri Aishah #Negatif #COVID-19
;