Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Mengharapkan Hero Macam Ni Di Malaysia" - Filem Belum Tayang, Tapi Netizen Dah Tak Keruan Nak Tonton Wira

Hanafis Haris 05/11/2019 | 11:05 MYT
Biarpun belum ditayangkan di pawagam, namun rata-rata netizen dilihat teruja untuk menyaksikan filem aksi terbaru, Wira.
Menerusi trailer awal dimuat naik di Instagram pelakon utamanya, Hairul Azreen, ramai netizen yang memuji aksi yang dipaparkan.
"Memang mengharapkan hero macam ni muncul di Malaysia. Kalau muka saja jantan tapi tin kosong tak boleh juga," kata pemilik akaun Instagram dikenali sebagai Achikgachi.
Seorang lagi pengguna Instagram, Ikhwan pula kelihatan tidak sabar menantikan tarikh tayangan rasmi Wira pada penghujung bulan ini.
"November? Lama sangat nak tunggu, cepat sikit tak boleh," katanya.
Selain itu, tidak kurang juga yang teruja apabila pelakon aksi serta bintang filem John Wick, Yayan Ruhian turut membintangi filem berkenaan. Setaraf filem antarabangsa kata mereka!
Anda boleh lihat pelbagai komen menarik di bawah.
Pada anda yang mahu melihat trailer awal Wira, boleh saksikan di bawah.

Saya selalu sebut saya stuntman , tapi banyak benda saya tak boleh buat selama ini, ada yang cakap saya jambu, ada yang ckp maaf kami nak badan fighter— sbb dulu saya keding, ada yg ckp saya tak leh jadi hero action, tetapi @adrianteh19 berani ambil saya & saya pertaruhkan semua skill yang saya ada utk filem Wira ini, Saksikanlah ?Official trailer WIRA? 21 November 2019

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Untuk pengetahuan anda, filem Wira menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia antaranya Hairul Azreen, Fify Azmi, Henley Hii, Yayan Ruhian, Ismi Melinda dan ramai lagi.
Filem ini diarah oleh pengarah filem PASKAL The Movie, Adrian Teh dan bakal ditayangkan pada 21 November 2019.
#Filem #Filem #Wira #Hairul
;