Penyanyi Ayda Jebat bercadang untuk membuat satu saluran ataupun ruangan bagi ibu-ibu hamil berkongsi pendapat di Instagram miliknya.

Menurut Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, ruangan tersebut boleh disertai oleh semua ibu mengandung yang mahu berkongsi sebarang informasi yang bermanfaat.

Tidak hanya itu, dia turut menasihati semua ibu mengandung untuk duduk di rumah bagi menjaga diri mereka dan bayi di dalam kandungan.

“Ibu-ibu mengandung, tolong duduk di rumah, jaga diri. Saya terfikir nak buat group dekat DM untuk semua wanita mengandung.

“Boleh kongsi sebarang maklumat, pengalaman dan persoalan tentang kehamilan dekat situ. Nak tak?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen, usaha Ayda itu mendapat respon yang baik daripada wargamaya terutamanya wanita yang sudah tidak sabar untuk menyertai ruangan kumpulan tersebut.

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)


Nakkk,” komen seorang wargamaya.

Alaa yang pregnant je ke boleh ada dalam group,” tanya seorang wargamaya.

Comel la Ayda, semoga semuanya baik-baik sahaja dan sentiasa dalam lindungan Allah,” doa seorang wargamaya.

Nakkk! Hopefully sempat sebelum bersalin,” kata seorang wargamaya.

Buat group kat Telegram la Ayda,” cadang seorang wargamaya.

Yess please buat Ayda. Baby kita sebaya tau,” ujar seorang wargamaya.

“Nakk! Saya lelaki boleh join ke? Nak buat preparation jika isteri saya mengandung nanti,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 65,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Ayda dijangka bakal bersalin pada penghujung September ini melalui kedah penbedahan.

Sekadar info, Ayda dan suaminya Nabil Mahir sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu hanya dengan sekali lafaz.