UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Menghitung Hari Tunggu Kelahiran Anak, Atikah Suhaime Kongsi Perkara Yang Akan Dirindui Semasa Hamil – “Semua Orang Layan Macam…”

Umirah Halim 13/02/2025 | 08:55 MYT

Menghitung hari kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Datin Atikah Suhaime memuat naik hantaran tentang beberapa perkara yang akan dirindukan semasa hamil.

Menerusi video di TikTok, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi antara sebab dirinya suka ‘berbadan dua’ adalah kerana layanan baik yang diterima selain tidak dinilai oleh orang ramai walaupun berisi.

“Benda yang saya akan rindu semasa hamil, semua orang akan layan saya macam ‘princess’, tendangan dalam perut, tak ada period, walaupun gemuk orang tak akan menilai, tak payah kerja,” tulis Atikah dalam perkongsian tersebut.

undefined

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja untuk melihat cahaya mata aktres filem My Stupid Boss itu selain ada juga segelintir yang mendoakan urusan bersalin Atikah dipermudahkan.

“Tak sabarnya nak tengok anak Atikah.

“Lama sangat Atikah mengandung, buat saya tertunggu-tunggu.

“Semoga dipermudahkan urusan bersalin.

“Saya doakan urusan Atikah dipermudahkan,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Lokman pada Januari tahun lalu.

Pada September 2024, dia berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang yang memaparkan dirinya berisi mendapat perhatian ramai.

BERITA BERKAITAN: Atikah Suhaime Pernah Dikritik Masak Tak Sedap! “Papa Mentua Pernah Cakap …”

BERITA BERKAITAN: Atikah Suhaime Terkilan Rakan Tegur Seri Wajah Hilang Sebab Hamil Anak Perempuan - “Dia Nak Kata Saya Ini Buruk Semasa…”

#Anak #Hamil #Rindu #Atikah #Suhaime
;