“Mengigil Rasa Nak Maki” Jadi Mangsa, Netizen Sakit Hati Tengok Ratusan Budak Sekolah Jalani Swab Test

Mya Amri
Oktober 3, 2020 01:33 MYT
Kira-kira 600 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang terpaksa menjalani ujian selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif Covid-19.
Berita itu ternyata menimbulkan kemarahan netizen apabila mereka mendapat tahu kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak lain.
Malah menerusi pemerhatian di laman sosial Twitter, netizen meluahkan rasa geram dan tidak senang melihat foto murid-murid menjalani ujian saringan Covid-19.
Rata-rata ciapan menyatakan mereka tidak dapat membayangkan bagaimana anak-anak kecil itu berdepan dengan prosedur yang menyakitkan.

Tapi bro swab test tu sakit bro tak tipu bro. Gua tak tau budak sekolah tu camne dia tahan kena swab test tu bro

— Penwontbite (@xpenx187) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aishh ingat buat swab test tu tak sakit ke? Aku yg kena swab dua kali pun aku menangis, aku siap tolak tangan KKM ??? kesian budak sekolah ????

— Mikkkkkkk (@MiFarhana) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pelajar sekolah rendah. Imagine budak 7 tahun sampai 12 tahun, nak kena hadap swab test tu.

— Coronasaurus (@_SShikamaru) October 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, beberapa foto yang merakamkan murid-murid sekolah menahan perit sewaktu menjalani saringan Covid-19 itu juga mula tular dan masih menjadi perbualan di media sosial sehingga kini.
Marah, geram, sakit hati, itulah antara respon netizen yang tidak diungkapkan dengan kata-kata sebaliknya dilahirkan dalam bentuk coretan bernada kecewa.

Lepas tgk gmbr budak sekolah tahan sakit kena swab test tu. Lagi aku baran, kalau aku jmpa menteri2 kat jalan mmg aku maki

— Mohammad Amirul Afiq (@AfiqMahadhir) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Paling kesian dekat budak sekolah tahan sakit kena swab test covid. Kadang budak2 nakal tak ikut SOP tapi puncanya bukan dari mereka? Gambar: Dzul afti pic.twitter.com/ebZlrjt7l8

— ??? ? (@iamajayrahman) October 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Orang dewasa kalau kena swab test ni pun boleh meleleh air mata kesakitan, bayangkan lebih 600 murid sekolah rendah terpaksa jalani swab test selepas cikgu disahkan positif. Cikgu tu isteri Exco Kedah yang baru pulang berkempen di Sabah baru-baru ini. pic.twitter.com/oHLAB8hvCi

— MiLo SuaM (@milosuam) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, seorang guru wanita berusia 40-an disahkan positif Covid-19. Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital Kedah.
Dalam perkembangan terbaharu, dianggarkan lebih 50 murid Tahun Satu dan Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kemunting, di sini, bersama ibu bapa diarah menjalani ujian saringan Covid-19, semalam (2 Oktober 2020).
Arahan itu dibuat susulan seorang guru sekolah terbabit dikatakan mempunyai kontak rapat dengan suami yang menjalani kuarantin di rumah sebelum disahkan positif Covid-19 sebaik pulang dari Sabah.
Setakat 2 Oktober 2020, sebanyak 287 kes baharu positif COVID-19 direkodkan sekali gus merupakan jumlah tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.
Menurut Dr Noor Hisham, negeri Kedah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 129 kes diikuti Sabah, 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.
Foto: Dzul Afti
#COVID-19