"Menikah Bukan Untuk Menguasai Suami, Tapi ....." - Ini Pesan Nora Kepada Pasangan Ingin Mendirikan Rumah Tangga

Rozaimi Zubaidi
November 19, 2018 07:25 MYT
Penyanyi Nora mengakui perkahwinan merupakan sesuatu yang indah bagi mereka mendekatkan diri pada Allah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nora menasihati pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga supaya memperbetulkan niat sebelum berkahwin.
"Reminder buat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
"Berkahwin adalah ibadah dan menikah bukan untuk menguasai suami tetapi menikah adalah untuk memperbaiki dan mendekatkan diri dengan Allah.
"Dan mempunyai anak-anak untuk berbakti kepada kita," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nora dan mereka juga mengingatkan bahawa perkawhinan juga merupakan satu ibadah yang harus dijaga.
#Penyanyi #Penyanyi #Nora