VIRAL

Meninggal Dunia Atas Mimbar Ketika Sampaikan Khutbah Jumaat

Gempak 06/06/2025 | 18:54 MYT
Seorang ustaz berdepan kematian yang dicemburui apabila beliau meninggal dunia semasa sedang menyampaikan khutbah solat Jumaat.
Ustaz Yahya Waloni menghembuskan nafas terakhir di Masjid Sarul Falah, Kota Makassar, Sulawesi Selatan di Indonesia.
Ia turut disahkan Ketua Masjid Falah, Syahruddin Usman kepada detikSulsel.
"Beliau menyampaikan khutbah pertama dengan penuh semangat dan mengandungi mesej tentang ketauhidan. Ketika khutbah kedua, beliau terduduk secara tiba-tiba di atas mimbar," ujarnya.
Sebelum pemergiannya, beliau juga sempat memberi khutbah sempena solat sunat Aidiladha di Jalan Rajawali, Makassar. - Agensi
#Meninggal Dunia #Indonesia #Ustaz #Khutbah #Jumaat #Mimbar