Aktes Amerika Syarikat, Anne Heche yang mengalami kemalangan teruk dan seminggu berada dalam keadaan koma akhirnya meninggal dunia.

Heche meninggal dunia pada usia 53 tahun selepas bertarung nyawa akibat kemalangan kereta yang terjadi berdekatan dengan kediamannya di Los Angeles.

Dalam kemalangan tersebut, Heche melecur selepas kereta yang dinaiki terbakar teruk sehingga 59 ahli bomba dikejarkan ke tempat kejadian. Dia juga mengalami kegagalan fungsi otak.

“Kami telah kehilangan bintang yang paling baik hati pada hari ini,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga Heche pada Jumaat.

Meski telah disahkan meninggal dunia secara rasmi oleh pihak hospital, keluarga bintang filem Volcano tersebut mahu alat sistem pernafasan yang dipasang tidak dicabut dahulu.

Mereka mahu melihat jika ada organ Heche berpotensi didermakan, kata wakil keluarga seperti dilaporkan BBC.

“Dia akan selalu dirindui dengan komitmen yang ikonik dan menjadi ibu yang baik buat anak anak anaknya.

“Keberanian dia dan mesej baik yang sering disebarkan akan terus berpanjangan,” ujar keluarga Heche.

Heche yang terlibat dalam program Dancing with the Stars pada 2020 lalu mengalami kemalangan apabila melanggar sebuah rumah dua tingkat dan kenderaannya terbakar.

Pihak berkuasa sebelum ini mengatakan hasil ujian mendapat terdapat kesan dadah dalam darahnya.

Kredit foto: Reuters