Laman Utama

Menipu Untuk Hidup? Eh Memang Tak Lah Untuk 6 Selebriti Bijak Pandai Ni

gempak
Hanafis Haris
15/02/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
Menipu Untuk Hidup? Eh Memang Tak Lah Untuk 6 Selebriti Bijak Pandai Ni

Demi sesebuah kejayaan dan status, apa saja sanggup dilakukan.

Sebab itu juga lah kita sering mendengar kes penipuan membabitkan gelaran akademik seperti Master dan PHD palsu.

Bukan hanya golongan biasa, malah selebriti juga ada yang terjerumus dengan isu ini.

Namun, bukannya semua yang mempunyai gelaran atau status akademik palsu ini.

Hakikatnya masih ramai yang menggenggam kelulusan atas usaha sendiri.

Oleh itu, Gempak senarai lima selebriti cerdik pandai yang anda patut tahu!

#1 Yuna

Berjaya menempa nama di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai pastinya antara kebanggaan rakyat Malaysia.

Yuna bukan saja berbakat sebagai penyanyi, dia sebenarnya pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Hons) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

#2 Dr Soo Wincci

Beauty with brain! Itu gelaran diraih pelakon dan model jelita Dr Soo Wincci.

Bukan kejayaan biasa, Soo Wincci sebaliknya telah dinobatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR).

Soo Wincci meraih dua rekod iaitu sebagai Ratu Cantik Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak dan Artis Rakaman Yang Memiliki Ijazah Akademik Terbanyak.

Dalam tempoh 15 tahun, dia berjaya memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-undang (2007), Sarjana Pengurusan Perniagaan (2008), Doktor Falsafah (PhD) dalam Perniagaan (2016), Sarjana Muzik (2018) dan terbaru ijazah Pasca Sarjana Fellowship dari Berklee Valencia, Sepanyol.

#3 Daphne Iking

Jangan tak tahu, pengacara hebat ini merupakan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (2001).

Selain itu Daphne juga mempunyai Ijazah Sarjana dalam Komunikasi (2004) dari Universiti Sains Malaysia (USM).

#4 Najwa Latif

Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif pernah berkongsi khabar gembira apabila lulus cemerlang 4 flat dalam peringkat sarjana.

Kejayaan Najwa itu membuktikan dia tidak pernah berputus asa walaupun pernah hampir menamatkan persekolahan ketika belajar di tingkatan empat suatu ketika dahulu.

#5 Heliza Helmi

Bekas peserta program Akademi Fantasia ini mungkin lebih dikenali sebagai artis yang aktif melakukan kerja-kerja amal.

Namun, siapa sangka Heliza sebenarnya adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains, Biologi dan Kimia, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2010.

#6 Nabila Razali
Di sebalik kecaman yang dilemparkan terhadap pelantun suara Peluang Kedua ini, pasti ramai tidak tahu Nabila Razali sebenarnya seorang yang cerdik pandai.

Nabila sebenarnya pemegang Ijazah Sarjana Muda Senibina, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

Hebat bukan?
Oleh itu tidak perlulah anda semua menipu untuk sesebuah gelaran, status mahupun dalam peperiksaan sekali pun.
Jadikan selebriti ini sebagai inspirasi buat anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024