Hiburan
"Menipu Untuk Jual Produk Sendiri Ya .." - Netizen Ambil Kesempatan Dengan Masalah Kulitnya, Izara Aishah Tak Duduk Diam
Pelakon cantik Izara Aishah tidak mendiamkan diri selepas ada seorang wanita yang mengambil kesempatan dengan masalah kulit muka yang dihadapinya.
Jelas Izara sebab utama kulitnya berjerawat disebabkan solekan, kacang dan hormon bukan akibat penggunaan produk tersebut.
Izara juga menegaskan kulitnya hanya akan sembuh dengan pengambilan ubat daripada doktor.
"Menipu untuk jual produk sendiri ya Nita? Tidak, kulit muka saya begitu disebabkan make up, kacang dan hormon.
"Tiada satu produk penjagaan kulit pun yang boleh merawat kulit muka saya kecuali ubat-ubatan daripada doktor. Seminggu nanti ok la sis," tulisnya.
Sebelum itu, wanita yang menggunakan nama @BiscuitTeacher telah mengambil kesempatan dengan menggunakan foto wajah Izara yang dikongsinya.
"Omg pakai produk kayman katanya habis breakout.
"Sebenarnya sabun kayman ni akan buat kulit awak kering pastu sensitif lepas tu jerawat mula la beranak. Hati-hati guys," tulis wanita tersebut di laman sosial Twitter miliknya.
Walaubagaimanapun, tweet tersebut telah dipadam sejurus Izara menyedari sikap tidak jujurnya.
— Madame Izara (@IzaraAishah) October 23, 2019
Must-Watch Video