Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Menitis Air Mata…”- Amelina Sebak Peminat Bantu Perniagaan & Sedekah Atas Nama Siti Sarah

Syafiqah Jalal
16/08/2021 03:38 MYT
Penyanyi dangdut, Amelina sebak apabila menerima tempahan makanan yang tanpa diduga daripada individu dengan niat membantunya perniagaannya.

Lebih terharu peminat itu menyatakan niatnya menempah makanan daripadanya untuk disedekahkan atas nama arwah Siti Sarah.

“Minggu lepas ada hamba Allah ni dia beli dari Kak Long (Amelina) dan minta Kak Long sedekahkan atas nama allahyarhamah Siti Sarah dalam masa yang sama nak bantu Kak Long sebab kami berdua adalah artis kegemaran beliau.

“Menitis air mata Kak Long campur sayu terdetik dalam hati Kak Long betapa indahnya bila diri di sayangi,” katanya.

Pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Amelina memuat naik paparan skrin perbualannya bersama peminat berkenaan.

Kata Amelina sebelum ini ramai juga pelanggannya menempah makanan daripadanya untuk disumbangkan kepada golongan asnaf dan yang memerlukan.

“Sebenarnya ramai yang tempah makanan dari Kak Long (Amelina) untuk di sedekahkan dan mengamanahkan Kak Long untuk disedekahkan yang mereka beli ini ke rumah-rumah anak-anak yatim , asnaf dan lain-lain.

“Ada yang buat atas nama arwah mak ayah mereka dan ada untuk diri sendiri. Dan bila kaklong cakap terima kasih mereka akan kata ‘Saya nak bersedekah sambil tolong Kak Long & supaya bersemangat terus’,” ceritanya.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga baru-baru ini, Amelina mengambil tempahan memasak beberapa menu set nasi yang diusahakan sendiri di rumah.

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin)

#Penyanyi #Siti Sarah #Amelina #Dangdut #Sedekah #Meniaga
;