Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira menyuarakan rasa gembira melihat rakan baiknya, pereka fesyen terkenal tanah air Rizman Nordin selamat mendirikan rumah tangga.

Erra menerusi akaun Instagramnya menulis coretan khas sempena perkahwinan Rizman.

Menurut Erra, dia berharap agar Rizman tabah mengharungi segala dugaan perkahwinan dan mendoakan kebahagiaanya bersama pasangannya, Nurida Suraya.

“Ya Allah… Menitis air mataku di pagi hari yang penuh baraqah ini. Betapa terharu dan bahagianya melihat seorang lagi adikku @rizman.n mengakhiri zaman bujangnya. Segala doa dan hajat mu dik, kini termakbul.

“Layarilah bahtera rumah tangga kalian dengan penuh kasih sayang dan manja tawa… Pasti akan ada pasang surut tika sedang mengemudi bahtera namun itu hanyalah sebahagian dari perjalanan hidup, dalam pahit ada manis, dalam tangis ada tawa…

“Tiada yang indah selamanya… Tiada juga yang pahit selamanya… Yang kekal selamanya… HANYALAH DI SANA KELAK…

“Adikku… Jauh pengembaraan mu untuk menemui destinasi ini... Bertahun mengatur langkah dengan sejuta doa dan harapan.

“Maka nikmatilah bersama destinasi ini dengan penuh rasa syukur dan hargai setiap detik dan waktu di dunia ini hingga pertemuan kalian seterusnya Insya-Allah disyurga kelak. Tahniah #rizman&Suraya,” tulisnya.

Ya Allahhhh.. menitis airmataku dipagi hari yg penuh baraqah ini.. betapa terharu dan bahagianya melihat seorang lagi adikku @rizman.n mengakhiri zaman bujangnya.. segala doa dan hajatmu dik, kini termakbul.. ? . Layarilah bahtera rumahtangga kalian dengan penuh kasih sayang dan manja tawa.. pasti akan ada pasang surut tika sedang mengemudi bahtera namun itu hanyalah sebahagian dari perjalanan hidup, dlm pahit ada manis, dalam tangis ada tawa.. tiada yg indah selamanya.. tiada juga yg pahit selamanya.. yang kekal selamanya.. HANYALAH DISANA KELAK.. . Adikku.. jauh pengembaraanmu untuk menemui destinasi ini.. bertahun mengatur langkah dgn sejuta doa dan harapan.. maka nikmatilah bersama destinasi ini dengan penuh rasa syukur dan hargai setiap detik dan waktu didunia ini hingga pertemuan kalian seterusnya InsyaAlah disyurga kelak..? . Tahniah #rizman&suraya ?❤️

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on


Terdahulu, dengan sekali lafaz, ahli perniagaan Nurida Suraya, 30, sah bergelar isteri kepada pereka fesyen terkenal tanah air Rizman Nordin, 35, kira-kira jam 10.30 pagi tadi (Jumaat).

BACA: Pereka Fesyen Rizman Nordin, Ahli Perniaagan Sah Suami Isteri!

Majlis akad nikah diadakan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat dan dihadiri oleh teman-teman rapat dan rakan selebriti.