,
Hiburan

Menjelang Konsert M.Nasir Satu Hikayat, Jom Tengok Sifu Rehearsal Sebelum Persembahkan 28 Buah Lagu Khas Untuk Peminat!

Fiza Kamarudin
22/11/2019
02:52 MYT
Walaupun sudah 40 tahun berada dalam dunia seni Datuk M.Nasir tetap komited menghadiri latihan sebagai persiapan untuk Konsert M.Nasir Satu Hikayat akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Mesti ramai yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihat seniman tersohor itu mempersembahkan 28 buah lagu esok.
Konsert M.Nasir Satu Hikayat akan diiringi pemuzik dikenali sebagai ‘Gong’ yang terdiri daripada Aznan Alias, Firdaus Mahmud, Raffi dan Ujang Exists (kepada yang belum tahu), yang sering bersama beliau dalam konsert juga rakaman album.
Pada malam konsert yang berdurasi 2 jam 30 minit itu nanti, M.Nasir bukan sahaja akan menyanyikan lagu-lagu beliau sahaja tetapi akan turut membawa lagu-lagu ciptaannya yang pernah dinyanyikan artis lain.
Wah! Teruja kan? Jangan cakap tidak kerana buktinya, tiket konsert awal-awal dah ‘sold out’ sehingga penganjur terpaksa menambah sehari lagi tarikh persembahan atas permintaan peminat.
Fuh! Bukan biasa-biasa aura dimiliki Datuk M.Nasir tau!
Oklah, sedikit trivia tentang Datuk M.Nasir:
Dilahirkan pada 4 Julai 1957 di Singapura, Datuk M.Nasir merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis yang menetap di Malaysia.
Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.
M. Nasir juga ialah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap empat dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah, Hattan dan Noraniza Idris.
Datuk M.Nasir merupakan pelajar pengajian diploma dalam lukisan Barat di Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura dan asalnya mahu menjadi seorang pelukis.
Beliau mula menceburi bidang penciptaan muzik pada tahun 1978 apabila seorang rakan yang merupakan penerbit eksekutif PolyGram Singapura, Wan Ibrahim telah menjemput beliau menulis lirik lagu untuk kumpulan Alleycats yang sedang meningkat popular ketika itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Meganya! Konsert 5 Jam Malam Bulan Bintang Memang Next Level - "Harga Rahmah, Experience Mewah"

gempak
06/03/2023
06:55 MYT
Luar biasa!
Laman Utama

Selepas 17 Tahun, M. Nasir Kembali Cipta Lagu Untuk OST Filem Imam! - "Munajat Bawa Maksud ..."

gempak
10/02/2023
11:25 MYT
Munajat adalah single terbaru Datuk M.Nasir yang dinanti- nantikan setelah sekian lama sejak album terakhir beliau ‘Sang Pencinta’.
Highlights

Kabut Serangkai Mawar, MAFARIKHA Beri Nafas Baru – “Penjiwaan Daripada Pengalaman Hidup”

gempak
09/06/2021
02:22 MYT
Lagu evergreen Kabut Serangkai Mawar ciptaa Dato’ M.Nasir diberi nafas baru yang dibawakan dengan cara tersendiri oleh Mafarikha. Dan, hasilnya?
Hiburan

M.Nasir Umum Tiket ‘Konsert M. Nasir Satu Hikayat’ Sold Out Menerusi Twitter

gempak
03/10/2019
14:45 MYT
Hiburan

Kenapa Konsert M.Nasir Tak Pernah Ada Artis Jemputan? Ini Jawapan Daripada Sifu

gempak
27/08/2019
22:00 MYT