Aktres jelita, Datin Seri Maria Farida meluahkan rasa rindu terhadap ibunya kerana tidak dapat berjumpa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan di negara ini.

Namun begitu, Maria memahami situasi sukar ketika ini dan mematuhi jarak selamat untuk melindungi insan tersayang.

"Sudah lebih sebulan saya tak berjumpa Mummy kerana PKP, saya merindui dia, tapi kena patuh pada jarak selamat untuk melindungi insan yang tersayang.

"Puasa akan bermula esok, saya rasa kami tak dapat buka puasa dan terawih bersama, tak ke bazar Ramadan membeli kuih muih dan tak bertemu rakan untuk berbuka puasa bersama," tulis Maria di Instagram.





Dalam pada itu, Maria akui sedih namun akur dengan norma baru kehidupan ekoran krisis COVID-19 yang melanda.

"Memang masih sedih, tetapi inilah norma baru kita sekarang, salam Ramadan diucapkan kepada semua," tulisnya mengakhiri kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Maria turut mengucapkan selamat berpuasa kepadanya.

It's been more than a month since I saw Mummy because of Lockdown. I miss her but we have to keep up social distancing to protect our loved ones... With puasa starting tomorrow, I guess we can't buka puasa or Terawih together. No going to bazaar ramadhan to buy my favourite kuih-muihs, and no meeting friends for Iftar. Still sad about it, but this is our new normal now. Salam Ramadhan to everyone ?

A post shared by Maria Farida Atienza (@mariafarida) on


Imbas kembali, Maria dan suaminya, Datuk Seri Rahman Shakur mendirikan rumah tangga pada 26 November 2015.

Maria juga memiliki seorang anak lelaki, Mizan Ashley, 23, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.