Hiburan
"Mental Kena Kuat, Hati Kena Kering, Muka Kena..." - Jihan Kongsi Perjalanan 10 Tahun Bergelar Pelawak Wanita
Jika ditanya siapa 'Queen Of Parody' ketika ini, rasanya tiada siapa yang mampu menggugat kedudukan pelawak dan pengacara, Jihan Muse.
Namun untuk sampai ke peringkat itu, perjalanan seni Jihan tidaklah semudah yang kita sangka.
Menjadi seorang pelawak wanita, persaingan dengan pelawak lelaki pastinya menjadi laluan sukar buat Jihan.
Kesemua pengalaman ini telah pun dikongsi oleh Jihan sendiri menerusi entri terbarunya di Instagram.
Menurut Jihan, bergelar pelawak wanita bukanlah mudah, malah untuk dihormati sebagai pelawak juga sebenarnya agak sukar.
Jelasnya, kini dia mungkin telah diterima, namun untuk melalui proses penerimaan itu ternyata amat sukar.
"Mental kena kuat, hati kena sangat kering, muka kena tebal, minda kena sangat pantas.
"Untuk perjalanan saya selama 10 tahun memikul nama pelawak ni, saya rasa saya dah dapat lebih dari apa yang saya mahukan. Saya dapat buat lebih dari apa yang saya bayangkan," katanya.
Tambah Jihan, dia juga bersyukur dengan bantuan orang disekelilingnya.
Katanya, menghiburkan orang juga dianggap sebagai satu ibadah.
"Terima kasih semua yg bekerjasama, yangg menyokong dan mendoakan. Jazakallah. #10yearschallenge," katanya.