Pelakon Syamsul Yusof menafikan dakwaan mengatakan mentera yang sebut dalam satu adegan filem Munafik adalah ayat sebenar.

Dakwaan yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook itu telah menjadi viral sehingga ramai yang bertanyakan hal tersebut melalui akaun Instagram (IG) Syamsul sendiri.

Syamsul yang juga merupakan pengarah filem Munafik tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu dan mengatakan ayat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

Selain itu, Syamsul juga meminta supaya penonton tidak terlalu taksub dengan sesuatu perkara yang tidak diketahui kebenarannya.

“Tidak. Itu bukan mantera/bacaan betul atau sahih. Hanya rekaan semata.Cuma dilaungkan dlm bahasa Arab.Sebagai Muslim kita jgn taksub/melampau dgn sesuatu,” jelas Syamsul diruangan komen IG miliknya.

Dengan penjelasan itu, penonton kini menarik nafas lega dan berterima kasih kepada Syamsul kerana pantas memberikan respon mengenai isu berkenaan.