Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Menteri Berbadan Gemuk Cenderung Untuk Rasuah? Ah Sudah!

Hanafis Haris
17/09/2021 02:30 MYT

Kajian mendapati ahli politik yang berbadan gempal dan berisi mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk melakukan perbuatan rasuah.

Perkara itu didedahkan menerusi jurnal Economics of Transition and Institutional Change yang diterbitkan pada tahun lalu oleh penyelidik dari Ukraine, Pavlo Blavatskyy.

Menerusi kajian tersebut, Pavlo telah mengumpul sebanyak 299 imej menteri kabinet dari 15 negara terpilih.

Negara itu termasuklah Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldova, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine Uzbekistan dan banyak lagi.

Difahamkan, bagi setiap imej, indeks jisim tubuh (BMI) menteri akan dicatatkan sebelum diteliti dan dikaji menggunakan algoritma komputer.

Hasil menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal ahli politik seperti indeks jisim badan mereka boleh digunakan sebagai pembolehubah proksi untuk rasuah politik.

Malah, kajian turut menyatakan bahawa negara-negara yang berdepan masalah rasuah selalunya mempunyai menteri dengan BMI yang cukup tinggi.

Antara tiga negara yang berada di kedudukan teratas adalah Turkmenistan, Tajikistan, dan Uzbekistan.

Anda boleh lihat kajian tersebut di sini.





#Viral #Politik #Gemuk #Rasuah #Gempal