Hiburan
Menteri Dah Pulih COVID-19, Tapi Apa Nasib Bayi Kembar Kena Tahnik? Ini Jawapan Dr Zulkifli!
Semalam seluruh rakyat Malaysia digembirakan dengan berita mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan negatif COVID-19.
Selepas lebih 10 hari bertarung dengan jangkitan itu, Zulkifli kini telah pulih sepenuhnya daripada wabak tersebut.
BACA: COVID-19: “Buat Masa Ini Saya Disarankan…”- Dr. Zulkifli Dibenar Keluar Wad Hari Ini
Namun, dalam pada ramai yang gembira dan bersyukur dengan berita itu, masih ada dalam kalangan netizen yang tertanya apakah nasib dua bayi kembar yang pernah ditahnik Zulkifli.
Soalan tersebut dibangkitkan oleh seorang pengguna di Twitter dikenali sebagai Aizad Fahmy, malam semalam.
“Tumpang tanya, bayi yang kena tahnik dengan Dr Zul hari itu dah swab test ke? Positif atau negatif,” katanya.
Tampil menjawab persoalan berkenaan, Zulkifli menjelaskan bahawa keputusan ke atas bayi tersebut adalah negatif.
“Negatif” katanya ringkas.
Rata-rata netizen kemudian meluahkan rasa syukur mereka terhadap penjelasan tersebut.
Kebanyakan mereka berharap orang ramai tidak menyebarkan fitnah serta maklumat tidak tepat mengenai bayi tersebut.
Pada yang kurang pasti, tahnik adalah satu perbuatan mengunyah tamar atau selainnya kemudian disapukan kepada lelangit bayi.
Hukum mentahnik bayi merupakan satu sunnah.
Tumpang tanya. Baby yang kena tahnik dengan Dr Zul hari tu dah buat swab test ke? Positif atau negatif?
— Chairman GLC (@aizadfahmy) October 14, 2020
Terdahulu, isu berkaitan bayi tersebut tular apabila tersebarnya gambar Zulkifli melakukan tahnik sebelum beliau disahkan positif COVID-19.
Sebahagian netizen bersimpati apabiila bayi yang masih kecil itu terpaksa melakukan swab test bagi mengenal pasti sama ada mereka dijangkiti COVId-19 atau tidak.
"Banyaknya majlis dia pi" - Netizen Kecewa Dr Zul Tak Kuarantin, Jumpa Ramai Orang & Ada Tahnik Bayi Kembar! - Lobak Merah https://t.co/pyvWX4Jek2
— Rejaie Arbee ?? (@rejaie) October 6, 2020
Untuk rekod, Zulkifli sebelum ini mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19 pada 5 Oktober lalu menerusi satu posting di Facebook rasminya.
Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.
BACA: Menteri Hal Ehwal Agama Sahkan Dirinya Positif Covid-19
Must-Watch Video