Gaya Hidup

Menu Nasi Daging Dan Daging Air Asam Ini Pasti Membangkitkan Selera Anda Di Aidiladha Nanti!

gempak
Fiza Kamarudin
27/07/2020
08:02 MYT
Sponsor Banner
Menu Nasi Daging Dan Daging Air Asam Ini Pasti Membangkitkan Selera Anda Di Aidiladha Nanti!
Sambutan Hari Raya Aidiladha akan tetap diraikan walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Hari Raya Aidiladha ialah hari yang penting bagi umat Islam kerana hari tersebut merupakan peringatan bagi peristiwa Nabi Ibrahim A.S. yang membuktikan ketaqwaan beliau kepada Allah S.W.T. dengan sanggup menyembelih anak beliau, Nabi Ismail A.S.
Namun begitu, Allah telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas. Pengajaran yang boleh diperoleh ialah ketaqwaan tanpa keraguaan terhadap Allah S.W.T. akan diberi ganjaran besar.
Kepada yang masih belum ada idea nak masak apa lepas dapat daging korban pada Aidiladha nanti, jom cuba hidangan mudah ini:
#1 Nasi Daging Utara (Kredit: resepkakak.com) Bahan-Bahan: 2 cawan beras Basmathi, dicuci dan tus 2 1/2 cawan air rebusan daging atau air biasa 150g daging, dihiris nipis 1/2 cawan susu cair 1 1/2 sudu besar mentega 1 sudu besar serbuk sup 3 ulas bawang putih, dicincang halus 1/2 biji bawang besar, dicincang halus 2cm halia, dimayang halus 1 helai daun bay 1 helai dau pandan, disimpul 1 cawan stok ayam 1/2 batang kayu manis 2 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga
Cara-Cara: Panaskan periuk atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, masukkan mentega. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, bawang besar, daun bay dan daun pandan sehingga wangi. Masukkan rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau agar disalut sebati dengan rempah. Masak hingga daging mengecut. Masukkan air, susu cair dan stok ayam. Biar sehingga mendidih. Masukkan beras dan kacau sebentar. Pastikan nasi dikacau sesekali agar tidak berkerak. Apabila nasi sudah kering, kecilkan api dan masak nasi seperti biasa. Gemburkan nasi setelah masak. Anda boleh hiaskan nasi dengan daun pudina, kismis atau gajus.
#2 Daging Masak Asam (Kredit: niejamuhaimi.com) Bahan-Bahan 300g daging, direbus empuk 1 biji cili merah, dihiris 1 biji cili merah, dihiris 1/2 sudu besar pes asam jawa
Bahan tumbuk 1/2 inci halia 1/4 inci kunyit 3 ulas bawang putih 3 biji bawang merah
Cara-Cara Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana. Apabila sudah panas, tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan daging yang telah siap direbus. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan 1/2 cawan air rebusan daging, jika ada atau 1/2 cawan air. Biar mereneh sehingga daging empuk. Masukkan hirisan cili merah dan hijau dan kacau. Masukkan asam jawa dan kacau rata.
Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya Aidiladha!
Kepada anda semua..kalau nak tengok menu masakan yang simple, bolehlah jenguk #LaukExpress di laman sosial Facebook dan Instagram Gempak!
Kalau ada idea, pun boleh kongsi dengan kami. Anda kongsi kami masak!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live