Menuju Upacara Pemakaman: Penat Plot Twist Sana Sini, Hasil Autopsi Tangmo Nida ‘Clean’
Gempak
11/03/2022 05:19 MYT
11/03/2022 05:19 MYT
Berita kematian aktres Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong memang menjadi perbincangan hangat bukan sahaja di negara Gajah Putih tersebut tetapi dalam kalangan netizen Malaysia.
Pelbagai teori dan andaian, malah netizen Malaysia secara berseloroh digelar detektif yang tak habis menggali kisah misteri di sebalik kematian Tangmo, yang mayatnya ditemui dua hari selepas terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.
Selepas pihak polis menafikan terdapat unsur jenayah dalam kematian bintang tersebut, kini giliran pihak doktor forensik di Institut Kedoktoran Forensik (IFM) memberi kenyataan.
Menurut laporan Bangkok Post, sumber yang enggan namanya disebut mengatakan tidak menemui sebarang kecederaan mencurigakan pada bahagian kepala Tangmo yang sebelum ini dikatakan mengalami kesan objek keras selain bahagian pada sekitar matanya lebam.
Hasil autopsi, tidak ada gigi patah atau cedera kepala dialami Tangmo. Pihak doktor juga tidak menemukan gigi yang patah selepas memeriksa rongga mulut pelakon cantik itu.
"Tidak ditemukan juga tanda-tanda trauma dari benda keras usai memeriksa bahagian kepala Tangmo Nida," lapor media tempatan tersebut.
Bagaimanapun sumber sama mengaku peha kanan Tangmo mengalami luka yang agak besar.
Sebelumnya, ibu Tangmo, Panida Sirayootyotin mahu pihak berkuasa menjalankan autopsi kali kedua terhadap anaknya kerana tidak berpuas hati dengan hasil autopsi pertama.
Sementara itu, upacara pemakaman Tangmo berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga fasa pembakaran yang dijadualkan pada 14 Mac ini.
Kredit Foto: Bangkok Post