Hiburan

"Menyakiti & Menyebarkan Kebencian, Adakah Itu Menjadikan Anda Lebih Baik?" Beto Kusyairy Ajak Puasa Media Sosial

gempak
Badrul Hashim
13/04/2020
10:30 MYT
Sponsor Banner
"Menyakiti & Menyebarkan Kebencian, Adakah Itu Menjadikan Anda Lebih Baik?" Beto Kusyairy Ajak Puasa Media Sosial
Antara pelakon lelaki hebat tanah air, Beto Kusyairy pernah membayangkan seolah dia mahu berehat daripada media sosial.
Baca: "Masa Untuk Social Media Distancing" - Beto Kusyairy Mahu Berehat?
Perkara itu dikaitkan dengan terlalu banyaknya kebodohan, tidak menghormati orang lain dan kebencian di mana-mana di media sosial.
Dalam entri terkini di Instagram miliknya, Beto menasihati agar semua orang lebih berhati-hati dengan apa yang ditulis atau dikomen di media sosial.
"Berhati-hati dengan apa yang anda taip & komen. Anda mungkin menyakiti seseorang & menyebarkan kebencian pada masa yang sama. Adakah itu menjadikan anda lebih baik darinya?
"Empati. Sungguh tidak menyakitkan untuk bersantun berbahasa. Apatah lagi itu asalnya budaya kita (yang semakin halus menipis). Tinggal di rumah, moga selamat & kekal sihat semuanya.
Secara lembutnya, Beto meminta semua orang berpuasa media sosial. Berpuasa bukan bermaksud tidak menggunakan media sosial, tetapi menjaga tingkah laku, kata-kata, fitnah, kebencian, nafsu dan segalanya seolah-olah kita sedang berpuasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024