Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Menyanyi Boleh, Berlakon Boleh, Mengarah Boleh, Buat Lagu Boleh... Eh, Bertukang pun Boleh!

Badrul Hashim
28/08/2020 06:49 MYT
Pernah suatu ketika dulu ketika menemu bual Malaysia's Sweetheart Lisa Surihani, dia berkongsi kisah bagaimana suaminya Yusry Abdul Halim sememangnya seorang yang perfectionist. Yusry akan melakukan yang paling terbaik dalam setiap perkara.

Malah, Yusry pernah mencipta sejarah berlakon dan pengarah telemovie 6 Hari ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung, dan dilakonkan bersama isterinya serta pembantu rumah mereka.



Telemovie yang turut disertai oleh Neelofa dan Datuk Aaron Aziz yang hanya berlakon dari rumah masing-masing dan ditayangkan di Astro Ria serta Citra mendapat tempat di hati peminat.



Penyanyi utama kumpulan KRU yang pernah menjadi kegilaan ramai kini lebih selesa berada di belakang tabir sebagai pengarah, menghasilkan kesan khas untuk filem dan drama, skor muzik dan bermacam-macam lagi tugasan yang digemarinya, serta sesekali berlakon.



Namun bukan itu sahaja yang menjadi kepandaian Yusry. Terbaru di Instagram miliknya, Yusry berkongsi bagaimana dia menghasilkan meja konsol untuk rumahnya sebagai tempat letak gambar keluarga.

"The (making of my) new home project for the past few days finally completed. From pieces of wood to a console table for family photos to rest on," tulis Yusry pada entri tersebut beserta gambar-gambar projek nya dari mula hingga akhir.

The (making of my) new home project for the past few days finally completed. From pieces of wood to a console table for family photos to rest on. #diy

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim) on


Yusry Abdul Halim bernikah dengan Lisa Surihani pada Februari 2012 dan pasangan tersebut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

#Bertukang #Meja Konsol #Yusri Abd Halim
;