Menyanyi Di United Kingdom, Fitri Haris Bangga Dapat Pujian

Syafiqah Jalal
Julai 31, 2018 10:10 MYT
Penyanyi Fitri Haris akui bangga apabila mendapat sambutan baik ketika membuat persembahan di Nottingham, United Kingdom baru-baru ini.
Fitri Haris menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang dapat membuat persembahan sebuah hotel di sana.
“Tak dapat diungkapkan bila dapat jemputan by phone untuk buat persembahan di Royal Court Conventry bagi menghiburkan pengunjung warga emas di tmpt berkenaan.
“Sangat menarik pengalaman selain dapat jelajah seluruh pelusuk di Uk bagi program @hadithopenmic rezeki Yang tak disangka hadir untuk melebarkan bakat di kalangan org tempatan british pula hehe abam ni english suam2 je..,” tulisnya.
Lebih membanggakan Juara Gegar Gema Vaganza itu lagi apabila menerima ‘standing ovation’ daripada pengunjung di sana.
“Sambutan Ya Allah.. hanya Allah yang tahu betapa gembiranya apabila bakat dihargai dan yang paling bersyukur nyanyi lagu “you raise me up” dapat standing haaaa tepuk..
“Merah pipi bila ade Yang ckp ‘goosebumps when u sang just now’. Alhamdulillah Terima kasih dan moga usaha sedikit ini dapat menyuntik hati2 mereka kerana ramai yang bertanya semasa mengambil ganbar dan impressed tentang kajian saya berkenaan hiburan islam di Malaysia,” tulisnya lagi.
Foto: IG Fitri Haris
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Penyanyi #Nasyid #Fitri Haris