"Menyanyi Ke Mengeja" - Kongsi Teaser Muzik Video Lagu Baru, Aliff Syukri Dikritik… Siap Ada Air Mata Darah!

ZULHILMI JALIL
Mac 11, 2020 05:00 MYT
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi teaser muzik video lagu terbarunya di Instagram yang dijangka bakal dilancarkan secara rasmi pada Jumaat ini.
Namun, tidak sampai 24 jam video tersebut ditayangkan kepada umum, ia sudah menerima lebih 3,000 komen dan mencatatkan lebih 374,000 tontonan.
Begitupun, rata-rata bertindak meninggalkan komen berbentuk kritikan negatif dan berbaur sindiran terhadap nyanyiannya.
"Tak sedap bang, biasa je.
"Suara kanak-kanak.
"Cepat sikit keluar, nak tekan dislike ni.
"Ayoyo, tak perlulah menyanyi, lebih baik mengaji.
"Tak sedap oii mimpi ngeri aku malam ni terdengar dua kali pulak
"Menyanyi ke mengeja," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Menerusi sedutan video muzik tersebut, Aliff memaparkan keadaan dirinya menangis air mata darah.
Katanya, begitulah yang mahu digambarkan kepada umum mengenai perasaannya yang cukup sedih dengan apa yang dilalui sejak kebelakangan ini.
"Inilah perasaan saya ketika ini. Teaser lagu baru saya. Ketika saya difitnah, orang mengecam melampau-lampau dan saya terdiam bukan sebab bersalah tetapi biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas.
"Kalau bukan salah saya biarkan korang tanggung nanti. saya sedih..apa pun saya maafkan sahaja," luahnya.
Terdahulu, Aliff berdepan siasatan polis selepas didakwa mendera anak angkatnya.
Bahkan, sebelum ini, dia turut dikecam apabila dirinya dikatakan sebagai punca kepada tercetusnya kontroversi melibatkan keluarga arwah Abam Bocey.
Saksikan program yang pernah dijayakan oleh Aliff di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Aliff Syukri #Dera Anak #Video muzik