Korang pernah tengok tak iklan terbaru Coway? Kalau belum korang kena tonton sebab muzik video
Coway ini memang lit habis!

Mengetengahkan kempen iaitu ‘CodyNation – Excellent Service in Every Step’, iklan Coway ini
memang sangat kreatif.

Nak tahu kenapa? Sebab korang akan rasa seperti menonton muzik video lagu-lagu Korea tau!

Menampilkan Adibah Noor sebagai wajah kempen berkenaan, lagak dan gaya penyanyi hebat itu
ternyata menghidupkan lagi suasana dan mesej yang cuba disampaikan oleh Coway kepada
pelanggannya.

Menariknya lagi, muzik video yang menggunakan lagu K-Pop popular berjudul Nobody nyanyian asal
kumpulan Wonder Girls ini juga menyaksikan Adibah menunjukkan kebolehannya menyanyi rap
sehingga membuatkan anda tercengang.

Tidak sia-sia Coway memilih Adibah kerana karakter peribadinya yang kelakar selain kebolehan
menyampaikan mesej dengan baik.

Gelagat Adibah sewaktu melatih beberapa wanita untuk menjadi ‘Cody Lady’ (Coway Lady) juga
turut mencuit hati.

Antara mesej yang ditekankan menerusi kempen itu menerus bahagian korus lagu tersebut adalah:



Kepantasan - Cody menghargai masa anda dan melakukan tugasannya secepat mungkin dan berkesan.

Kepakaran - Setiap Cody adalah ahli Coway yang disahkan dan mengetahui dengan tepat bagaimana
untuk menjaga kondisi purifier anda sehingga berada dalam keadaan tiptop!

Penyayang – Dalam budaya Cody, hubungan dengan pelanggan adalah bersifat peribadi. Agak sukar
untuk tidak menganggap dan melayan pelanggan adalah seperti keluarga dengan lawatan
penyelenggaraan setiap dua bulan.

Selalu Bersedia – Agen Cody yang bagus tahu kepentingan untuk memberikan respon kepada keperluan
pelanggan. Itu merupakan salah satu perkara yang menjadikan perkhidmatan unggul.

Bukan itu sahaja, Coway yang mempunyai pengalaman perkhidmatan lebih 20 tahun juga
mempunyai lebih 5000 Cody di seluruh negara.

Selain itu, Coway juga menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan setiap dua bulan yang dilakukan
oleh Cody yang dilatih secara professional.

Apa kata anda korang tonton sendiri muzik video yang lit ini di bawah: