Aksi bintang tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyanyi sambil mendukung cucunya, Arif Jiwa Asyraf mendapat perhatian netizen.

Siti berkongsi momen tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ctdk.

Bila umiti menyanyi bagi pengantin #firstdance , @arifjiwaasyraf pun mintak naik pentas nak nari ngan umiti ... nasib aafiyah blom pandai jalan ??.. tq @farrafeezar video ni..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


"Bila Umiti menyanyi bagi pengantin first dance, @arifjiwaasyraf pun minta naik pentas nak menari ngan Umiti... Nasib Aafiyah belum pandai jalan.. Thank you @farrafeezar video ni.." tulis Siti.

Menyampaikan lagu Celine Dion yang berjudul A New Day Has Come, rata-rata peminat Siti memuji cara nyanyian Siti yang masih 'steady' biar pun sedang mendukung cucunya.

Penyanyi Siti Sarah turut meninggalkan komen memuji kebolehan Siti.





Dalam perkembangan lain, Siti sedang giat mempromosikan single Anta Permana yang sudah meraih 4.6 juta tontonan di laman YouTube.