Menyayat Hati ... Abang Ipar Nita Hamzah Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

Amri Hassan
September 3, 2018 10:35 MYT
Abang ipar kepada penyanyi tinggi lampai Nita Hamzah telah pulang ke Rahmatullah kelmarin.
Muhammad Zamri Mohd Zain sebelum ini terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 202.4, Lebuhraya Utara-Selatan pada 25 Ogos lalu dilaporkan nazak pada Sabtu lalu.
"Alhamdullah cuaca redup dan perjalanan arwah abang ipar saya sangat mudah.
"Arwah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong, Batu Caves, Selangor.
"Damailah di sana Abang Gurik. Al-fatihah," tulis Nita menerusi Instagramnya semalam.
Gempak sebelum ini melaporkan abang ipar kepada bintang Malaysia Idol musim kedua itu cedera apabila kenderaan yang dipandunya merempuh sebuah treler selepas sambutan Aidiladha baru-baru ini.
Baca: Abang Ipar & Anak Saudara Langgar Treler, Nita Hamzah Rayu Doa Peminat
Dalam kejadian itu, Muhammad Zamri, 47, patah kaki kiri manakala anak saudara Nita, Muhammad Azrin Abdullah, 22, koyak lutut kiri.
Takziah kami ucapkan kepada Nita sekeluarga atas pemergian insan tersayang.
#Kemalangan #Nita Hamzah #Abang Ipar #Maut