Menyayat Hati & Seram, Jurufoto Ini Kongsi Foto Keadaan Mayat COVID-19 Berbalut Plastik

Azwa Rahman
Julai 18, 2020 01:00 MYT
Seorang jurufoto dari Indonesia Joshua Irwandi mencuri tumpuan dunia apabila berkongsi sekeping foto mayat mangsa Coronavirus.
Menerusi laman sosial Instagram, Joshua yang merupakan jurufoto bagi National Geographic Indonesia memuat naik foto seorang pesakit COVID-19 di Indonesia yang telah meninggal dunia untuk tatapan umum.
“Mengambil gambar mangsa Coronavirus di Indonesia ialah fotografi yang paling menyayat hati dan menakutkan saya pernah buat.
“Dalam fikiran saya ketika itu, saya hanya fikir apa yang jadi kepada orang ini mungkin terjadi kepada mereka yang saya sayang.
“Saya telah saksikan bagaimana para doktor dan jururawat berterusan merisikokan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa kita.
“Mereka merupakan hero sebenar dalam kisah ini dan satu-satunya cara untuk menghargai kerja mereka ialah dengan mengikut nasihat mereka.
“Gambar yang diterbitkan ini sebagai peringatan dan amaran kepada bahaya koronavirus dan bagaimana kerajaan dunia membiarkan perkara-perkara ini berlaku.
“Ketika kita menuju gelombang kedua pandemik ini, orang ramai mesti sedar mereka tidak boleh mengambil mudah perkara ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, kelihatan mayat pesakit dibalut dengan plastik mengikut tatacara yang ketat.
Kemudian ia dimasukkan ke dalam beg mayat bagi mengelakkan bendalir badan keluar yang
membolehkan virus menjangkiti individu berdekatan.
Bayangkan mayat ditemani kakitangan hospital menuju ke upacara pengebumian, tanpa ciuman dan kunjungan terakhir dari orang tersayang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warga dunia sangat terkesan dengan perkongsian tersebut.
Malah, ramai yang memuji karya dan keberanian Joshua untuk mengambil foto tersebut dari jarak dekat.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 150,000 tanda suka daripada warga Instagram.
#Fotografi #Foto seram #Mayat COVID-19