"Menyeksa Diri Sendiri Semata-Mata Nak Jadi Perempuan" - Safiey Illias Kembali Raih Kecaman

Zulaikha Yusof
Februari 6, 2020 05:17 MYT
Usahawan kosmetik, Safiey Illias dikecam selepas memuat naik video sedang membuat lesung pipit tiruan di bahagian pipinya.
Rakaman video tersebut dimuat naik ke akaun Instagram (IG) miliknya
Menerusi video tersebut, Safiey kelihatan terbaring sambil membuka mulutnya untuk dimasukkan benang.
Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mempertikaikan tindakan Safiey yang masih tidak kembali ke pangkal jalan.
Malah, ada segelintir netizen yang menyamakan Safiey dengan usahawan kontroversi, Nur Sajat.
Terdahulu, Safiey pernah menggegarkan negara dengan kisah penghijrahan dirinya.
BACA: "Moga Kali Ni Berubah Sepenuhnya" - Selepas Syinta Gila & Apa Salah Syinta, Safiey Illias Muncul Dengan Single Kerohanian
BACA: "Maafkan Apit Banyak Pakai Seksi & Tunjuk Punggung" - Safiey Illias
#Safiey Illias #Viral Video