Laman Utama
Menyentuh Jiwa...Filem Seandainya Kau Ada Tampilkan Babak Di Mekah & Madinah
Filem pertama arahan pengarah terkenal, Md Fadzil Teh atau lebih mesra disapa dengan panggilan Haji Zil, Seandainya Kau Ada akan menemui anda bermula 29 April ini!
Haji Zil yang sebelum ini telah mengarah ratusan drama dan telefilem tentunya mencipta magis dalam penceritaan filem sulungnya ini.
Antara perkara menarik mengenai Seandainya Kau Ada adalah lokasi penggambarannya.
Selain menjalani penggambaran di Malaysia, kru produksi dan para pelakon turut terbang luar negara seperti Mekah, Madinah dan Uzbekistan.
Babak-babak umrah di Mekah dan Madinah pastinya akan menyetuh perasaan penonton.
Bagi mereka yang pernah kesana pastinya akan rindu untuk kembali dan untuk yang masih belum sampai, mungkin babak sebegini akan membuatkan anda jatuh cinta dengan keindahan Mekah dan Madinah.
Seandainya Kau Ada mengisahkan pengorbanan yang ditampilkan oleh setiap karakter disulami elemen cinta dan kemaafan.
Dibintangi oleh Raysha Rizrose, Ruhainies, Fendy Bakry, Aidit Noh, Rozita Che Wan,, Daler Yusof dan ramai lagi, Filem ini akan menjengah ke pawagam rumah anda menerusi Astro First (saluran 480). Ia juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Must-Watch Video