Penantian selama 42 tahun berakhir selepas Harimau Malaya berjaya melayakkan diri secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang berlangsung pada Selasa.

Sebagai tanda gembira dengan kemenangan itu, pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula ‘memberikan’ kasut kepada dengan cara melemparkan secara random di bahagian tempat duduk penonton.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terkini (@era.je)


Lemparan itu disambut dengan sorakan penonton yang cuba untuk mencapai kasut penyerang berusia 35 tahun.

Situasi meriah itu dikongsi menerusi Instagram Era.je dan rata-rata yang memberikan komen juga menyuarakan rasa cemburu kerana tidak dapat hadir ke Stadium Nasional, Bukit Jalil dan menjadi sebahagian daripada kemeriahan tersebut.


Tahniah kami ucapkan kepada squad Harimau Malaya.

Terdahulu, Harimau Malaya berjaya menewaskan Bangladesh 4-1 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan E.

Harimau Malaya layak ke pusingan Piala Asia 2023 selepas menamatkan saingan kelayakan di kedudukan kedua Kumpulan E dengan juara kumpulan menjadi milik Bahrain yang merekodkan semua kemenangan dalam tiga perlawanan.