Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Merajuk Dengan Isteri, Lelaki Ini Akhir Langgar Arahan PKP! Didenda Sebanyak...

Hanafis Haris 20/04/2020 | 09:48 MYT
Tidak dinafikan pelbagai alasan yang diterima pihak berkuasa sepanjang melakukan sekatan jalan ketika tempoh Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, terbaru, seorang lelaki didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu gara-gara keluar rumah pada waktu malam.

Lebih mengejutkan, perintah itu diingkari dengan alasan telah merajuk dengan isterinya.

Menerusi Sinar Harian, tertuduh, Wardi Zaidi, 36, merupakan antara 10 tertuduh yang berusia 20 hingga 61 tahun yang dikenakan hukuman denda oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood kerana melanggar PKP.

Difahamkan, kesemua tertuduh juga berdepan dengan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada 16 hingga 18 April lalu, antara jam 10 malam hingga jam 12.15 tengah malam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala kesemua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakilkan Mazlan Md Zein.

Sumber: Sinar Harian

#Viral #Viral #COVID 19 #PKP
;