Pempengaruh media sosial, Zulhilmi Weng baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai setelah menunjukkan kreativitinya ketika menggunakan ‘flying fox’ di Rentas Adventure, Kuala Kubu Bharu.

BERITA TRENDING: Meninggal Dunia Sebelum Pembedahan Dibuat, Hati Tia Jinbara dan Isteri Bersatu Di Syurga

Dalam video berdurasi 30 saat tersebut, dapat dilihat Zulhilmi mengenakan jubah seakan-akan watak fiksyen terkenal Hollywood, Harry Potter.

Bukan sahaja mengenakan jubah, Zulhilmi turut menggunakan penyapu sebagai ‘prop’ ketika menggunakan ‘flying fox’ yang juga diilhamkan daripada francais popular tersebut.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan memuji kreativiti Zulhilmi yang dianggap tidak pernah terjadi sebelum ini .

Antara komen yang diterima:

“50 mata untuk Gryffindor untuk kreativiti,”

“Tertunai hajat orang tu nak merasai dunia Harry Potter dengan penyapu terbang,”

Untuk info, semasa artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima lebih 300 ribu tanda suka dan 3.3 juta tontonan di TikTok.

Sumber: TikTok