Laman Utama

Mercun Telur Naga Meletup Di Jari, Aweera Fobia; "Bila Kena Tu Berlubang ..."

gempak
Azwa Rahman
05/05/2022
05:12 MYT
Sponsor Banner
Mercun Telur Naga Meletup Di Jari, Aweera Fobia; "Bila Kena Tu Berlubang ..."
Penyanyi Aweera mendedahkan dia mempunyai perasaan fobia bermain mercun setiap kali Aidilfitri selepas berdepan satu insiden ngeri sewaktu berusia 11 tahun.
Menurut Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, 31, pengalaman bermain mercun yang meletup di jarinya dan meninggalkan bekas sehingga kini membuatkan dia tidak lagi menyentuh benda tersebut.
“Saya ada kenangan terkena mercun masa saya darjah lima. Waktu tu saya main mercun telur naga, yang kita baling lepas tu dia berpusing tu. Kabait dia macam bocor dan terkena pada jari masa saya nak cucuh tu. Bila kena tu bengkak, berlubang juga la jari tu.
“Abang saya la takut masa tu sebab dia yang ajak saya main mercun. Tapi keluarga saya masa tu gelakkan je, siapa suruh main, haa mainlah lagi.
“Dengan bunyi meletop dia, sampai sekarang lah saya tak main mercun. Bungi api okay lagi tapi kalau mercun, memang saya paranoid,” ujar Aweera kepada Gempak.
Aweera ditemui pada majlis pelancaran album raya alumni Gegar Vaganza 8 ‘Suasana Di Hari Raya Famili Kita’ yang diadakan di sebuah premis acara di Bukit Jelutong, Selangor sekita dua minggu lalu.
Tambah anak kelahiran utara ini lagi, raya pada tahun ini disambut serba sederhana bersama keluarga tercinta.
“Untuk raya tahun ini, saya beraya di Perlis, semuanya serba sederhana sahaja maklumlah saya pun masih single lagi,” jelasnya.
Menitip pesan kepada kanak-kanak yang suka bermain mercun, Aweera berharap apa yang terjadi padanya tidak berlaku kepada orang lain.
“Nasihat saya pada adik-adik, nak main mercun jangan sampai membahayakan diri. Jangan ingat nsk seronok sahaja, keselamatan diri tu lebih penting,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024