“Mereka Jadi Mangsa...Batuk, Nafas Laju, Demam Panas, Muntah...”- Dua Anak Haziq Hussni Masuk Hospital Kerana Jerebu

Syafiqah Jalal
September 20, 2019 05:43 MYT
Pengacara Haziq Hussni berang gara-gara masalah jerebu yang melanda, kedua-dua anaknya Heidy dan Chayra dimasukkan ke hospital serentak.
Anak-anaknya dimasukkan ke hospital selepas mengalami pelbagai simptom termasuk demam panas selama enam hari.
“Budak-budak ni tak tahu apa pun. Jerebu pun tak kenal. Bacaan IPU pun depa tak tau.
“Tapi dorang jadi mangsa. Batuk tak henti. Nafas laju. Bunyi kuat. 6 hari demam panas. Tiap malam muntah. Bangun pukul 3 pagi masuk ubat bontot. Seksa budak-budak ni.
“Kenapa korang bakar hutan? Main bakar sampah merata woi! Semoga anak-anak daddy kembali sihat and happy macam biasa. Love you kiddo! ,” tulisnya.
Haziq berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Haziq memuat naik foto kedua-dua anaknya terbaring di atas katil wad sebuah hospital.
Entri berkenaan juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersimpati dengan nasib anak-anaknya.
Mereka turut mendoakan agar kedua-dua anaknya segera sembuh.
Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari pada Julai 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
#Anak #hospital #Hospital #Haziq Hussni #Jerebu