Hiburan

“Mereka Juga Sering Dinasihatkan Supaya Perlu Banyak Berdoa” - Diana Danielle Seru Wanita Jangan Takut Tentang Stigma Buka Aib

gempak
Ainun
07/12/2024
03:02 MYT
Sponsor Banner
“Mereka  Juga Sering Dinasihatkan Supaya Perlu Banyak Berdoa” - Diana Danielle Seru Wanita Jangan Takut Tentang Stigma Buka Aib
Pelakon Diana Danielle, 33, berpendapat isu keganasan rumahtangga menyebabkan wanita yang menjadi mangsa lebih tertekan kerana tiada saluran untuk berkongsi masalah yang dihadapi.
Menurut Diana, sesetengah wanita seperti bekas model Zahnita Wilson yang baru-baru ini berhadapan isu keganasan rumah tangga akhirnya tampil bersuara semata-mata untuk menuntut keadilan dan menyuarakan hak mereka.
“Mereka hanya ingin mendapatkan pembelaan serta mahu masalah mereka didengari, sebelum kejadian lebih buruk hingga mengakibatkan kehilangan nyawa berlaku.

“Masyarakat sering berpandangan wanita harus bersabar, sekalipun menjadi mangsa keganasan rumah tangga kerana yakin akan ada sinar bahagia.

“Mereka juga sering dinasihatkan supaya perlu banyak berdoa dengan harapan satu hari nanti suami akan berubah, tetapi itu sepatutnya dihentikan.
“Perubahan itu perlu datang daripada individu yang melakukannya kerana kezaliman hanya akan berhenti bila sipelaku berhenti,”kata Diana Dainelle menerusi audio siar Kata Kita.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga meminta mereka yang tidak tahu hujung pangkal kemelut rumah tangga seorang supaya tidak menuturkan perkataan sabar kepada mangsa.
“Masyarakat kalau tak tahu cerita, jangan hanya pandai memberikan motivasi meminta wanita bersabar atau kena fikiranak-anak. Kenapa kena fikirkan antara aib dengan bangkit untuk perjuangkan hak sendiri? Ramai tak faham kerana seakan ada kekeliruan di situ.
“Sepatutnnya apabila ditindas atau dizalimi, tak kiralah oleh siapa pun, kita berhak untuk bersuara. Tapi ramai yang masih tak faham.
“Masyarakat masih berpandangan apa saja cerita negatif tentang ahli keluarga atau kawan-kawan tak perlu diceritakan sedangkan orang yang jadi mangsa perlukan sokongan.
“Tapi akhirnya apa yang mereka nak luahkan terpotong di situ kerana kita masih ada stigma menjaga aib di kalanganmasyarakat,” jelasnya
Bagaimanapun, Diana turut menasihatkan wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga supaya merujuk kepada pihak berkuasa serta mereka yang arif mengenai undang-undang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024