Viral
"Mereka Kata Kalau 1,000 Lepas Seekor Je Hidup" - Netizen & Artis Boikot Penjualan Telur Penyu Atas Talian
Mengejutkan ramai apabila ada penjual atas talian secara terang-terangan mengiklankan penjualan telur penyu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, tanpa segan silu penjual terbabit menjual telur penyu di platform jual beli atas talian itu dengan harga sekitar RM7.90 sebiji.
Perkara itu menarik perhatian beberapa persatuan aktivis haiwan yang menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
"Jika dahulu di pasar tempatan, penjual dan pembelinya kita boleh kira dengan jari.
"Minggu lepas jual di Facebook buat COD, minggu ini mereka masuk di platform jual beli atas talian dan membolehkan telur penyu Terengganu ini di jual merentas negeri.KINI TELUR PENYU BOLEH DIDAPATI DI SHOPEEJika dahulu di pasar tempatan, penjual dan pembelinya kita boleh kira dengan jari. pic.twitter.com/QaOP8qdCmN— ZoologiMY (@ZoologiMY) May 13, 2020
"Di bulan puasa ini, semakin ligat juga penjual mempromosi budaya memakan telur penyu.
"Jadikan kurma menu wajib, bukannya telur penyu atas dasar mengidam. Mereka kata telur ini banyak dan boleh dijual untuk ambil manfaat.
"Yang lebih dangkal, mereka kata jika dilepas 1,000 hanya seekor sahaja hidup. Maka, bolehlah kita jual lagi 999 biji telur tu. Pelik gaya fikir ini, besar tanggung jawab kita nak memahamkan kelompok ini," tulis @ZoologiMY menerusi akaun Twitter mereka.
Keluhan sama diutarakan oleh Turtle Conversation Society of Malaysia di ruangan media sosial mereka.
"Ya Allah! Musim PKP ini lah di mana banyak ibu penyu naik mendarat. Tapi jenis kita ni, nak je jual/beli semua telur penyu.
"Tak kisah lah, samada penyu hidup atau pupus. Biar makan dulu," tulis mereka.
Hal ini menarik perhatian beberapa selebriti tempatan antaranya Maya Karin, Beto Kusyairi dan Nadia Aqilah yang membantah penjualan telur penyu terbabit.Ya Allah! Musim PKP ini lah di mana banyak ibu penyu naik mendarat. Tapi jenis kita ni, nak je jual/beli semua telur penyu. Tak kisah lah, samada penyu hidup atau pupus. Biar makan dulu.Kami harap @ShopeeMY menapis pelanggan mereka. Jangan sampai diboikot nanti.@DOF_Malaysia pic.twitter.com/Vuz7uKBVmp— Turtle Conservation Society of Malaysia (@TCSMsia) May 13, 2020
If this is true @ShopeeMY then this is a tragedy and you are either completely ignorant or have no morals. #boycott https://t.co/VVbJJomH5B— Maya Karin (@maya_karin) May 13, 2020
— Nadia Aqilah (@missnadiaaqilah) May 13, 2020Sehubungan itu, pihak platform jual beli atas talian terbabit memandang serius akan perkara terbabit dan telah mengambil tindakan terhadap penjual itu.
— Shopee Malaysia (@ShopeeMY) May 14, 2020
Must-Watch Video