Hiburan
"Mereka Kata Virus Ni Tak Nampak Jadi...." - Polis Ini Terpaksa Pakai Helmet COVID-19 Untuk Sedarkan Orang Ramai!
Macam-macam cara dan gaya pihak berkuasa cuba lakukan untuk memastikan orang ramai kekal duduk di dalam rumah ketika negara berdepan krisis COVID-19.
Jika di Filipina, pihak berkuasa mereka meletakkan keranda ketika roadblock, lain pula ceritanya di India.
BACA: Insaf Terus! Polis Filipina Guna Keranda Ingatkan Orang Ramai Duduk Rumah!
Seorang pegawai polis dilihat memakai topi keledar yang kelihatan seperti bentuk COVID-19.
Malah, gambar polis berkenaan yang menjalankan tugas sambil memakai topi keledar di sekitar Jalan Chennai viral di media sosial.
Menerusi laporan CNN, polis berkenaan dikenali sebagai Rajesh Babu.
Menurut Rajesh, topi keledar itu direka oleh artis tempatan iaitu B. Gowtham yang berpengkalan di Chennai.
"Saya memang rancang untuk lakukan sesuatu yang unik ketika hari ke-21 perintah berkurung selepas mendapat orang ramai masih tidak duduk di dalam rumah. Alasannya, mereka tak nampak virus tersebut.
"Jadi saya pakai topi keledar berbentuk virus ini supaya orang tahu wabak ini akan datang ke arah mereka, sekali membuatkan orang ramai takut dengan COVID-19," katanya.
Anda boleh lihat gelagat polis ini di bawah.
Must-Watch Video