Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Mereka Keliru, Agama Apa Ni?" - Mark Adam Dedah Pernah Dihasut Keluar Islam

Amri Hassan 16/02/2020 | 05:38 MYT
Penyanyi Mark Adam mengakui pernah dipersoal dan dihasut oleh individu tertentu untuk keluar dari agama Islam.
Kata Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam, 40, kenalannya di kampungnya di Filipina sering bertanyakan sebab dia memeluk Islam hampir 17 tahun lalu.
"Apabila sudah masuk Islam pernah juga saya dihasut keluar Islam, antaranya kawan-kawan saya di kampung.
"Mereka keliru, agama apakah ini, kenapa masuk? Baliklah...," cerita Mark yang asalnya beragama Kristian.
Mark juga mengakui pernah mengajak individu lain untuk memeluk agama Islam terutama ibunya, Florenda Macaraig Echivarre.
"Kawan-kawan, keluarga misalnya emak saya, pernah juga saya ajak untuk masuk Islam.
"Tetapi mak saya contohnya akan ada banyak pertanyaan, jadi saya tunggu terlebih dahulu," kongsinya.
Pendedahan itu dikongsikan Mark dalam sesi soal jawab Pernah atau Tak Pernah yang dikongsikan di Instagram Salam Muslim.
Dalam perkembangan sama, Mark muncul bersama pengarah Michael Ang dalam rancangan Mike & Mark Diari Mualaf.
Rancangan itu disiarkan setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran Naura 125.
#Penyanyi #Mark Adam #Penyanyi #Islam
;