Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri melancarkan sebuah program realiti baru iaitu Akademi A-Comel.

Disiarkan menerusi saluran YouTube miliknya, Akademi A-Comel mengumpul 13 orang peserta yang mengalami masalah berat badan dan obesiti untuk menjalani gaya hidup sihat.

Bakal berlangsung selama tiga bulan, Aliff mendedahkan dia menerima 5,000 penyertaan untuk menjalani program ini tetapi hanya 13 orang terpilih.



"Saya terpanggil untuk membantu mereka yang mengalami masalah berat badan dan obesiti. Di Akademi A-Comel, mereka bakal menjalani latihan dengan jurulatih kecergasan, mendapatkan makanan sihat dengan cef yang disediakan serta mereka juga akan dipantau.

"Saya menerima 5,000 penyertaan tetapi semuanya tak mahu mendedahkan diri mereka menerusi video. Mereka segan untuk berhadapan dengan kamera dan segan untuk ke depan.

. . abg xuba bantu yg termampu.. Ramai yg tunggu2 kisah wani terbaru,lepas bawa wani rawatan ke hospital hari tu banyak juga perkembangan wani!!! Bila saya buat akademi comel ni saya cadangkan wani salah seorang peserta yg akan turut serta sebab saya nak dia sihat dan boleh berjalan,walaupun dia x boleh buat aktiviti mcm peserta lain,tapi khas utk wani saya sediakan jurulatih fisioterapi yg akan bantu dia buat rawatan pada dia setiap hari supaya dia boleh berjalan,Alhamdulillah dah 3 hari wani di akademi dia dah mampu menggerakkan badan dia dgn lebih laju berbanding sebelum ni.....korang doakan wani ok sebab dekat akademi ni kena jaga makan semua!! baru tadi saya bebel dgn wani sebab trainer bgtau saya dia curi2 makan nasi ayam bila tgh malam...mungkin wani akan tersinggung dgn cara saya tapi saya nak dia sihat dan boleh uruskan diri dan saya yakin wani akan kurus!! . Apa nasihat atau kata semangat utk wani please komen kat sini supaya dia tidak putus asa.....? abang harap wani boleh baca komen2 korang supaya dia terus bersemangat!!! chaiyok.. chaiyok... . Nak tengok apa yg berlaku di akademi comel jangan lupa subcribe dan tonton di channel Youtube TV Terlajak Laris mulai esok!!

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


"Peserta yang terpilih ini semuanya bersetuju untuk ditampilkan dalam video YouTube saya dan mereka mempunyai azam kuat untuk mengubah gaya hidup.

"Mereka yang tepilih pula mempunyai berat badan antara 110 kilogram sehingga 300 kilogram dan perlu menjalani pemeriksaan doktor sebelum menyertainya. Pemenang pula akan mendapat hadiah bernilai RM15,000 di akhir program," katanya.

Tambah Aliff, program ini berlangsung selama tiga bulan dan seperti program realiti lain, akan ada penyingkiran berlaku setiap minggu.

"Selama tiga bulan, mereka akan duduk bersama dan menjalani aktiviti sihat. Kos keseluruhan termasuk pemasan serta iklan, saya habiskan hampir RM1 juta untuk merealisasikan Akademi A-Comel ini.

"Mereka juga harus melalui sesi penyingkiran yang ditentukan oleh jurulatih dan undian di laman Facebook. Semestinya mereka yang kekal adalah yang mengalami penurunan berat badan yang banyak," katanya lagi.


Akademi A-Comel bersiaran setiap Isnin, Rabu dan Jumaat jam 8 malam di saluran YouTube TV Terlajak Laris.