Berita

"Mereka Mengalami Gejala COVID-19 Tak Perlu Hadir Solat Jumaat Kerana..." - Dr Zulkifli Mohamad

gempak
Asraf Aided
12/03/2020
07:59 MYT
Sponsor Banner
"Mereka Mengalami Gejala COVID-19 Tak Perlu Hadir Solat Jumaat Kerana..." - Dr Zulkifli Mohamad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan situasi terkini mengenai penularan wabak COVID-19 masih terkawal dan tidak perlu menghentikan solat Jumaat di masjid.
Memetik laporan BH Online, beliau berkata ibadah yang wajib buat lelaki Muslim itu perlu diteruskan dengan melakukan beberapa perubahan seperti memendekkan masa khutbah.
Zulkifli juga menyarankan agar lelaki yang mengalami gejala COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana tergolong dalam golongan yang sakit.
Sebaliknya, mereka hanya perlu menunaikan solat Zohor di rumah sahaja.
"Individu yang disahkan positif COVID-19 dibolehkan tidak mengerjakan solat Jumaat, tetapi diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing," kata beliau selepas menghadiri majlis Tausiyah AM agensi agama di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.
Zulkifli menambah, solat Jumaat tidak hanya boleh tidak dilakukan di masjid dan diganti dengan solat Zohor di rumah sekiranya jangkitan wabak itu menjadi tidak terkawal.
Beliau juga berkata, perkara itu juga boleh dilakukan selepas menepati beberapa syarat iaitu larangan mengenai status wabak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperi Kementerian Kesihatan.
"Ia juga tertakluk kepada wabak itu sudah menunjukkan kesannya di tempat tersebut dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 dengan Kementerian Kesihatan telah menyemak dan memeriksa masjid atau surau solat Jumaat terlebih dahulu," katanya lagi.
Zulkifli juga menjelaskan pihaknya akan mengeluarkan garis panduan mengenai hal itu dalam masa terdekat untuk mengelak kekeliruan orang ramai.
Sumber & Foto : BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live