“Mereka Profesional, Siapalah Kami Untuk Menyalahkan…” Luca Sickta Dan Kmy Kmo Komen Dakwaan Lagu Kurang Asli
Mya Amri
18/03/2021 07:24 MYT
18/03/2021 07:24 MYT
Penyanyi rap duo, Kmy Kmo dan Luca Sickta memberikan pandangan mereka mengenai isu berkaitan dengan kenyataan Ketua Juri Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), Datuk MokhzaniIsmail, 60, berkenaan lagu 7 Nasihat.
Menurut Luca, mereka akur dengan keputusan juri kerana anugerah itu melibatkan golongan profesional dan berpengalaman.
“Kami dapat tahu mengenai perkara itu, apa yang saya boleh katakan kami dah berikan yang terbaik untuk 7 Nasihat dan tanpa sokongan peminat kami pun tak akan berada di sini.
“Dan apa yang dikatakan oleh ketua juri… Bagi saya, mereka adalah golongan profesional dalam industri muzik, siapalah kami untuk menyalahkan atau menidakkan apa yang mereka kata.
“Jadi kami akur tetapi apa yang kami boleh pastikan, kami akan datang lagi dan cuba lagi sampai jadi,” katanya.
Tambah Kmy pula, perkara itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus memperjuangkan karya muzik-muzik asli Malaysia.
“Bagi kami, siapa lagi nak bawa warna-warni muzik asli Malaysia kalau bukan kita sendiri. Setiap lagu, orang yang gubah lagu dia pasti ada inspirasi lagu lain, pasti akan ada,” ulasnya.
Luca dan Kmy berkata demikian ketika ditemui sewaktu sidang media pelancaran lagu Tiada Kata Secantik Bahasa (TKSB) 2020 bersama Hijjaz dan juga Neraca bersama Datuk Jamal Abdillah bertempat di Universal Music Malaysia pada Rabu.
Dalam pada itu, diminta mengulas sama ada mereka kecewa atau tidak apabila tewas di AJL35, ini jawapannya.
“Secara jujurnya rasa pelik bukan terkejut tapi rasa agak aneh sebab lagu-lagu sebelum ini yang banyak juga diambil inspirasi daripada lagu luar dan membuatkan bunyian sendiri.
“Jadi apabila kami keluar dengan 7 Nasihat dan diberi komen begitu, kami macam lost sekejap, macam salah ke apa kami buat ni?
“Tapi seperti yang saya cakap, apa yang kami nak buat adalah lagu untuk dikenang bukan untuk menang jadi apa yang mereka kata kami akur.
“Tipulah kalau kami kata tak kecewa sebab bukan kami sahaja yang bekerja keras tapi satu team Universal Music Malaysia dan SNP untuk merialisasikan apa yang kalian lihat pada malam tersebut.
“Orang-orang dibelakang juga sangat bekerja keras... Adalah rasa kecewa itu tetapi kami tak mahu kecewa lama-lama sebaliknya kami mahu terus fokus untuk yang seterusnya,” jelas Luca.
Terdahulu, 7 Nasihat menjadi topik hangat di media sosial apabila gagal membawa pulang trofi AJL35 sehingga menimbulkan persoalan netizen.
Bukan itu sahaja, kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua juri yang mengatakan kegagalan 7 Nasihat di AJL35 adalah disebabkan melodi yang kurang asli juga menimbulkan perdebatan netizen.