GAYA HIDUP
"Mereka Pun Manusia Biasa..." - Masih Percayakan Selebriti, Hotel Tenera Tidak Serik Jadikan Wajah Bufet Ramadan
Hotel Tenera tetap mempertaruhkan selebriti sebagai wajah bufet Ramadan mereka meskipun ada pelbagai pandangan terhadap strategi ini.
Kata Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, tahun ini, hotel tersebut memilih pendekatan lebih interaktif dengan menumpukan kepada maklum balas pelanggan.
"Kenapa tidak ada wajah bufet Ramadan tahun ini? Kami mahu melihat sedikit kelainan dengan lebih memberi tumpuan kepada 'review' yang dibuat oleh para pelanggan. Kami melihat komen pelanggan sebagai maklum balas yang jujur dan ikhlas. Jika baik, kita raikan.
"Jika ada kelemahan, kita perbaiki. Sebenarnya, inilah yang membantu kami menambah baik hidangan bufet Ramadan dari tahun ke tahun," tambahnya.
Antara selebriti yang sering hadir termasuk Datin Alyah, Ayu Damit, Rina Eva, Osama Yamani, dan Zaki Yamani.
"Boleh dikatakan setiap kali Ramadan, mereka wajib ada. Kami merasakan mereka adalah sebahagian daripada kami," katanya lagi.
.jpg)
Tak campur hal peribadi
Bagi Fadzly, urusan peribadi artis bukan faktor penentu kerjasama."Kita tidak boleh hanya melihat sisi negatif seseorang kerana mereka pasti ada kekuatan tersendiri. Dalam masa yang sama, sekecil mana pun sumbangan mereka kepada Hotel Tenera, tetap kami hargai dan syukuri.
"Kami tidak meletakkan sebarang 'benchmark' bahawa jika ada artis yang menghadapi masalah, mereka akan diharamkan atau dielakkan daripada sebarang kerjasama. Tiada istilah itu bagi kami. Mereka juga manusia biasa seperti kita semua dan ada kalanya melakukan kesilapan.
"Kesilapan bukan sesuatu yang kekal dan saya percaya tiada sesiapa yang mahu melakukan kesilapan secara sengaja. Apa pun yang berlaku kepada mereka, ia tidak akan menjejaskan hubungan kami dengan mereka," jelasnya.
Serantau Desa
Tahun ini, bufet Ramadan Hotel Tenera bertemakan Serantau Desa, dengan lebih 200 menu istimewa seperti Nasi Dalcha Lutut Kambing, Asam Pedas Huzz Power, Coq Langgar Padang Merdeka, Kari Kepala Salmon Jawa, Siput Sedut Masak Lemak, Shellout, dan Durian setiap hari.Bagi yang berminat, harga early bird RM98+, manakala harga asal RM158+ seorang (dewasa) dan RM78+ (kanak-kanak).
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Hotel Tenera turut menawarkan pakej penginapan dengan baucar bufet serta sahur, kemudahan surau, dewan solat, dan solat Tarawih bersama tahfiz dari Masjid Al-Hasanah, Bangi.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungi 03-89299600 atau WhatsApp 019-3854796 / 019-2331796.
Must-Watch Video