"Mereka Sebenarnya Yang Belum Move On" - Ally Iskandar Tamat Zaman Duda, Netizen 'Berkumpul' Di Instagram Farah Lee

Kamaruddin Razal
Jun 23, 2019 00:55 MYT
Akaun Instagram milik personaliti media sosial, Farah Lee dihujani oleh komen netizen selepas bekas suaminya, pengacara Ally Iskandar menamatkan zaman duda.
Ruangan komen di salah sebuah entri yang dimuat naik oleh Farah menjadi tempat netizen 'berkumpul' dan meninggalkan kata-kata semangat buat wanita itu.
Sempat menjawab beberapa persoalan pengikutnya, Farah akui dia tahu mengenai pernikahan kedua bekas suaminya.
"I know it earlier of course," tulis Farah.
Selain itu, wanita itu juga sempat membalas komen seorang pengikutnya yang faham dengan situasi yang dihadapi oleh Farah.
Pengikut yang menggunakan nama @tshirtlabuh.co itu merasakan Ally dan Farah sudah pun 'move on' membina kehidupan masing-masing.
Pengikut itu juga menegaskan yang orang sekeliling serta netizen sahaja yang masih beranggapan Farah dan Ally masih belum 'move on'.
"Mereka yang sebenarnya belum move on kan," balas Farah ringkas.
BACA: Tamat Zaman Duda, Ally Iskandar Selamat Bernikah
Terdahulu, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, mengakhiri zaman duda apabila bernikah dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim pada Sabtu di Temerloh, Pahang.
Sebelum ini, Ally pernah bergelar suami kepada Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli pada 20 Januari 2012.
Ally dan Farah berpisah pada 17 Ogos 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel yang berusia lima tahun.
#Ally Iskandar #Farah Lee