Pelakon Ashraf Muslim dilihat tidak sabar untuk keluar daripada wad pesakit COVID-19 apabila sudah mengambil swafoto bersama rakan-rakan seperjuangan sebagai tanda kenangan.

Menerusi laman sosial Instagram, Ashraf memuat naik swafoto terbabit untuk tatapan umum.

“Gambar ini menjadi kenangan bila saya balik keluar daripada wad ni. Mereka semua ni #covidsurvivor,” tulis Ashraf sebagai kapsyen.



Ditempatkan di Wad 31, Hospital Sungai Buloh, Ashraf kelihatan semakin sembuh sambil ditemani pesakit-pesakit lain yang tampak ceria.

Malah, Ashraf turut berkongsi beberapa keping foto sewaktu mereka berbuka puasa bersama pada satu Ramadan yang lalu.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan komen yang positif serta memohon agar Ashraf dan semua pesakit diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Syafakallah buat kalian. Malu-malu adik-adik ni sebab selalu kena sakat. Alhamdulillah nampak ceria semuanya. Semoga dapat bertemu dengan keluarga masing-masing dengan cepat,” kata seorang wargamaya.



“Nanti mesti rindu geng ni. Insya-Allah, semoga cepat discaj,” komen seorang wargamaya.

“Semoga ukhwah persahabatan ini akan tetap terjalin walaupun masing-masing sudah pulih ya,” ujar seorang wargamaya.

“Dapat banyak ilmu dan hikmah walaupun perit,” tulis seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, Ashraf disahkan positif wabak merbahaya itu pada 12 April selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland pada penghujung Mac lalu.